Syria Bakal Uji Kemampuan Anak Buah Ong Kim Swee

Setelah selesai menghadapi 3 perlawanan pemanas badan di Mokpo, Korea Selatan, skuad Malaysia bawah 23 tahun bakal berdepan skuad Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing, China Jumaat ini.

Ia merupakan persiapan terakhir sebelum mereka memulakan kempen Kumpulan C Kejohanan AFC B-23 menentang Iraq pada 10 Januari ini.

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee mahu menguji kemampuan anak buahnya berdepan lawan yang hampir sama kekuatannya dengan 3 pasukan dari kumpulan C.

“Saya ingin lihat bagaimana kita bermain mengikut kekuatan yang kita kehendaki, dalam masa yang sama kita mahu menghalang pasukan Syria daripada bermain lebih positif daripada kita. Kita perlu memenangi bola di bahagian tengah lebih kerap dan dalam masa sama mengawal permainan pada keseluruhan masa,” katanya kepada Berita Harian.

Jika dilihat kepada prestasi pasukan Syria tahun lalu, mereka hampir memiliki kekuatan seimbang dengan Iraq apabila seri 1-1 dan tewas 0-2 dalam aksi persahabatan Jun lalu di Karbala.

Dengan jangkaan kekuatan yang dimiliki skuad kendalian Mohand Al Faqir itu, ia bakal menjadi medan terbaik buat Kim Swee menilai sejauh mana tahap persediaan anak buahnya sebelum menghadapi perlawanan sebenar.

Kim Swee bersama 23 pemain sudah mengadakan latihan pertama di Jiangsu hari ini dan beliau percaya semua pemain tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk

Skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menjalani sesi latihan pertama di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing, China. FOTO: FAM

“Kami sudah mengadakan latihan pertama di Nanjing, nampak positif walaupun hari pertama berlatih, keadaan cuaca lebih kurang sama di Korea. Saya tak nampak sebarang masalah dari segi cuaca, yang penting kita kena bersiap sedia sebelum kita bermain dengan Syria, sebelum kita menentang Iraq.

“Semua dalam keadaan cukup baik, kecuali Nik Akhif (Syahiran) yang mengalami demam, tak turun berlatih hari ini tapi ia bukan isu besar. Semua pemain terpilih ke kejohanan kali ini boleh beraksi pada bila-bila masa.

“Tiada banyak yang boleh saya ubah, semua latihan kita bercorak taktikal, kita sudah tak banyak masa untuk memikirkan latihan berkumpulan di mana taktikal lebih penting buat masa ini. Kita harus kenal pasti cara permainan yang ingin diterapkan,” jelas bekas pengendali Harimau Malaya itu.

Ketika ditanya mengenai bayangan kesebelasan utama idamannya, Kim Swee berkata:

“Belum lagi, perlawanan dengan Syria menjadi keutamaan kepada saya memilih barisan kesebelasan utama.

Selain Iraq juara edisi 2013, Malaysia turut akan berdepan naib juara Arab Saudi dan pemenang tempat ketiga Jordan dalam saingan kumpulan C.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN