Klopp Enggan Layan Spekulasi Perpindahan Coutinho Ke Barcelona

Khabar angin mengenai perpindahan Philippe Coutinho dari Liverpool ke kelab gergasi Sepanyol, Barcelona semakin hangat diperkatakan.

Ia diperkukuhkan lagi apabila beberapa gambar di dalam laman web penaja kelab Catalan itu, Nike memaparkan nama Coutinho pada jersi Barcelona. Bagaimanapun gambar itu sudah dipadamkan.

https://twitter.com/messi10stats/status/947276700903264256

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tegas mengatakan bahawa  Coutinho benar-benar cedera dan tidak dapat diturunkan ketika pasukannya menang 2-1 di Burnley dan pada masa sama enggan melayan spekulasi yang menyebut perpindahan pemain Brazil itu.

Klopp mendakwa tidak ada isu terselindung di sebalik ketiadaan pemain berusia 25 tahun itu dalam senarai pemain Liverpool di Turf Moor.

“Saya ada mendengarnya (gambar jersi Barcelona dengan nama Coutinho). Ada orang memberitahu saya dan saya agak terkejut. Tetapi saya tidak berminat dengan perkara itu,” kata Klopp.

“Dia (Coutinho) dan Mohamed (Salah) mengalami kecederaan. Tidak begitu serius tetapi tidak boleh bermain hari ini. Mereka juga mungkin tidak ada dalam pasukan pada perlawanan menentang Everton nanti.”

Ketiadaan Coutinho dan Salah digunakan sebaik mungkin oleh pertahanan Estonia, Ragnar Klavan untuk menjaringkan gol kemenangan Liverpool pada minit akhir perlawanan selepas Johann Berg Gudmundsson menyamakan kedudukan.

Dan Klopp berpuashati dengan semangat juang pemain pertahanannya apatah lagi pada perlawanan yang menyaksikan peluang mereka untuk menang agak tipis.

“Saya gembira dengan sikap serta karakter yang ditunjukkan pemain,” kata Klopp.

“Anda perlu menang perlawanan sebegini apatah lagi ketika anda tidak berada dalam kedudukan 100 peratus.

“Burnley bermain dengan motivasi tinggi. Kami perlu bersedia menghadapi hujan dan angin.

“Cuaca agak sejuk dan anda perlu menumpukan perhatian. Anda perlu bekerja keras, bermain sebagai satu pasukan, berdisiplin dan mengharapkan sedikit tuah. Kami berhak memperoleh tiga mata itu.

“Kami perlu menang bukan saja ketika cuaca panas. Memang hebat rasanya apabila kami menjaringkan gol. Saya tidak pernah meragui karakter pemain saya.”

FOTO: Liverpool FC Official Twitter

Jaringan Mane pada perlawanan itu adalah yang kelapan baginya musim ini dan Klopp pantas memuji pemain sayap Senegal itu yang bijak mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain utama.

“Sadio sangat penting buat kami,” kata Klopp.

“Dia kuat, pantas, banyak lagi. Dia menjaringkan gol hebat. Semua pemain lain bertepuk tangan ketika dia masuk ke bilik persalinan.

“Kami sangat perlukannya. Saya gembira kerana mempunyai pemain yang mampu menjaringkan gol dalam situasi sukar.”

Sementara itu, pengurus Burnley, Sean Dyche meluahkan rasa kecewanya terhadap keputusan yang diterima pasukannya tetapi pada masa sama enggan menyalahkan anak buahnya.

“Saya rasa kami sudah melakukan yang terbaik untuk memperoleh satu mata,” katanya.

“Justeru, saya amat kecewa apabila lawan menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan tetapi secara keseluruhan, saya bangga dengan mentaliti pemain saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN