Syihan Hazmi Kembali Untuk Rebut Tempat Bersama Skuad B-23

Masuk menggantikan Norazlan Razali pada penghujung perlawanan, melepaskan satu gol berpunca daripada sepakan percuma, namun berjaya menebusnya dengan menyelamatkan sepakan penalti tiga minit berselang.

Itu merupakan sedikit sorotan penampilan sulung Ahmad Syihan Hazmi Mohamed bersama skuad kebangsaan menentang Palestin, pada usia 17 tahun, kira-kira empat tahun lalu.

“Menyelamatkan penalti tersebut merupakan detik istimewa buat saya. Saya berharap, mungkin dalam tempoh setahun dari sekarang, saya akan dapat beraksi kembali bersama skuad kebangsaan.”

“Pengalaman beraksi untuk skuad kebangsaan sangat berharga buat diri saya.” tambah Syihan yang ketika ini berada bersama sesi latihan pusat kem skuad B-23 tahun di Mokpo, Korea Selatan.

Syihan Hazmi (kiri) dan Amierul Hakimi. Foto: Facebook TRWFC

Syihan merupakan salah seorang daripada 26 pemain yang terpilih untuk sesi latihan pusat bagi menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 2018 yang akan berlangsung di China, Januari depan.

Melihatkan senarai penjaga gol, berkemungkinan akan ada satu lagi penyingkiran yang akan dibuat oleh ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sebelum berangkat ke China.

Ketika ini, Syihan bersama-sama penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim dan Haziq Nadzli (JDT) akan bersaing untuk dua slot penjaga gawang skuad muda negara.

Syihan Hazmi bersama skuad B-23 negara. Foto: Facebook FAM.

“Saya perlu berjuang untuk mendapatkan semula tempat saya di dalam pasukan dan perlu berkerja keras untuk meyakinkan jurulatih,” tekad Syihan yang kini berusia 21 tahun.

“Penjaga gol yang lain juga bagus dan berpengalaman. Selepas gagal beraksi untuk Sukan SEA yang lalu, kini saya berpeluang untuk kembali merebut tempat di dalam pasukan,” tambahnya lagi.

Syihan merupakan penjaga gol utama ketika skuad B-23 dibawah kendalian Frank Bernhardt, sebelum mengalami patah tangan pada Jun lalu, yang menyebabkan dia kehilangan posisinya.

“Pemulihan itu berjalan lancar dan saya telah berlatih seperti biasa. Saya juga telah beraksi dalam beberapa perlawanan bersama skuad Piala Presiden dan saya tidak rasa sebarang masalah (pada tangan).

Syihan Hazmi. Foto: Facebook TRWFC

“Tangan saya okay, dan tiada reaksi negatif,” jelasnya lagi kepada New Straits Times.

Sementara itu, untuk aksi Liga Malaysia musim hadapan, Syihan  telah mengesahkan meninggalkan Kelantan untuk menyertai skuad yang dinaikkan ke saingan Liga Super 2018, Negeri Sembilan.

Persaingan sengit di kem Kelantan mungkin telah memaksa Syihan mencari angin baharu, dan mungkin Negeri Sembilan adalah pasukan yang sesuai untuk mengangkat karier Syihan ke peringkat seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN