5 Pembelian Pemain Terbaik Dari Jendela Perpindahan Januari Era EPL

Kurang daripada dua minggu, jendela perpindahan pemain pada Januari akan kembali dibuka. Kebiasaannya, jendela perpindahan bulan Januari akan digunakan oleh kelab-kelab Inggeris untuk melakukan penambahbaikan, terutamanya untuk menggantikan pemain yang mengalami kecederaan dan memerlukan rehat jangka masa panjang.

Oleh kerana itu, amat jarang sekali kita melihat nama-nama besar, tiba di kelab Inggeris pada Januari. Nilai pemain pada ketika itu turut melambung naik, kerana keengganan kelab asal pemain melakukan pelepasan di pertengahan musim.

Namun kerana kuasa kewangan yang dimiliki oleh kelab-kelab Inggeris pada hari ini, perkara sebaliknya boleh berlaku. Kita juga pernah menyaksikan bagaimana impak yang dibawakan oleh pemain-pemain yang tiba di England pada Januari.

Berikut kami senaraikan 5 pemain yang boleh dianggap melalui kerjaya paling berjaya setelah tiba di kelab masing-masing pada jendela perpindahan pertengahan musim di Liga Perdana Inggeris (EPL)

1. Luis Suarez (Ajax ke Liverpool; £22.5 juta, 2011)

Pada Januari 2011, Liverpool melengkapkan perpindahan termahal dalam sejarah kelab tersebut pada masa itu dengan pembelian Andy Carroll daripada Newcastle United.

Tetapi siapa yang dapat menjangkakan bahawa pemain yang turut dibawa masuk pada jendela perpindahan yang sama untuk digandingkan dengan Carroll adalah yang paling mencuri tumpuan.

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Ketika beraksi di Anfield, Luis Suarez adalah watak yang penuh kontroversi. Namun demikkian, pemain antarabangsa Uruguay ini turut menampilkan aksi memukau yang akan sentiasa dikenang oleh mana-mana penyokong Liverpool.

Dalam kempen musim 2013-14, Suarez adalah pendukung utama membawa cabaran Liverpool sehingga mampu mencabar kejuaraan EPL; namun gagal dalam melakukannya  selepas beberapa keputusan dalam perlawanan terakhir menuju pengujung musim gagal dimanfaatkan sebaiknya.

Suarez kemudiannya berhijrah ke Anfield pada penghujung musim tersebut sebagai pemenang Anugerah Kasut Emas dan Pemain Terbaik Tahunan PFA.

2. Patrice Evra ( Monaco ke Man Utd; £7 juta, 2006)

Patrice Evra dibeli daripada Monaco pada pertengahan musim 2005-06 ketika era Sir Alex Ferguson.

Pemain bek sayap kiri ini pantas menjadi wira di kalangan penyokong Red Devils dengan larian derasnya, kelincahan dalam membantu serangan dan pertahanan pasukan.

Evra pantas menjadi pilihan utama di posisi bek kiri United, sehingga Sir Alex yakin membenarkan Gabriel Heinze berpindah ke Real Madrid pada musim berikutnya.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Impak yang dibawakan oleh Evra sangat signifikan di dalam skuad Sir Alex, sehingga dianggap sebagai antara bek kiri terbaik dalam sejarah EPL sebaris dengan nama-nama lain seperti Ashley Cole dan Dennis Irwin.

Sepanjang bersama Manchester United, Evra telah membantu kelab Manchester itu memenangi 5 kejuaraan EPL di antara 2007 sehingga 2013.

Evra turut pernah disenaraikan di dalam Kesebelasan Pilihan PFA untuk beberapa musim, kerana dominasinya di posisi tersebut. Jelas sekali tanda harga £7 juta yang dibelanjakan oleh United untuk pemain ini adalah lebih daripada berbaloi.

3. Nemanja Vidic (Spartak Moscow ke Man Utd; £7.2 juta, 2006)

Pada mulanya, segalanya tampak sukar bagi Nemanja Vidic ketika baru menyertai Manchester United. Beberapa siri kesilapan turut mengundang kritikan, dan persoalan mulai timbul jika Vidic adalah pemain yang sesuai untuk saingan di EPL.

Bekas pemain antarabangsa Serbia ini bagaimanapun bangkit dan membentuk persefahaman yang jitu dengan Rio Ferdinand, menjadikan kedua-dua pemain sebagai antara benteng tengah terbaik dalam sejarah bola sepak Inggeris.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Vidic tiba di Old Trafford bersama-sama dengan Patrice Evra, turut tampil menjuarai 5 kejuaraan EPL, 3 kejuaraan Piala EFL, juara UEFA Champions League pada musim 2007-08, dan kemudiannya membantu United muncul juara dunia di FIFA Club World Cup.

Vidic turut menjadi salah seorang pemain yang digemari oleh penyokong Manchester United kerana sikap profesionalisme dan kesungguhan yang ditunjukkan ketika aksi di atas padang, dan dianugerahkan ‘Manchester United Fan’s and Player’s player of the year award’ pada musim 2008-09.

Vidic meninggalkan Old Trafford pada penghujung musim 2013-14, dan akhirnya bersara daripada bola sepak profesional pada 2016 selepas bersama Inter Milan.

4. Nemanja Matic (Benfica ke Chelsea; £21 juta 2014)

Nemanja matic mulai menyertai Chelsea pada 2009 pada usia 21 tahun. Bagaimanapun pemain ini dibenarkan Stamford Bridge pada 2011, untuk menyertai Benfica selepas semusim beraksi bersama Vittese secara pinjaman.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa karier profesional Matic sebagai pemain bola sepak ialah sebagai pemain tengah menyerang, sebelum pengendali Benfica, Jorge Jesus menjadikan Matic sebagai pemain tengah bertahan.

Ketika Jose Mourinho kembali mengendalikan Chelsea pada 2014, pemain antarabangsa Serbia ini kembali ke London dengan perpindahan bernilai £21 juta.

(Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

Selama 3 musim di Chelsea, Matic membantu kelab London tersebut memenangi dua kejuaraan EPL pada 2014–15, dan juga pada 2016–17 di bawah bimbingan Antonio Conte.

Perpindahan dan kerelaan Chelsea membenarkan Matic untuk ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas yang lalu mengejutkan ramai pihak selepas impak beliau bersama Chelsea.

Ketiadaan Matic membuatkan Chelsea bergelut pada awal musim ini, tatkala beliau membantu Manchester United dengan permulaan yang cemerlang.

Tidak dapat dinafikan, Nemanja Matic adalah antara pembelian penting bagi Chelsea pada jendela perpindahan Januari 2014.

5. Edin Dzeko (Wolfsburg ke Man City; £31.5 juta, 2011)

Mungkin ada yang kurang bersetuju nama Edin Dzeko turut tersenarai di dalam 5 pembelian terbaik bagi jendela perpindahan bulan Januari di era EPL.

Namun demikian, kita tidak boleh menafikan sumbangan pemain antarabangsa Bosnia Herzegovina ini terutama ketika membantu Manchester City merangkul kejuaraan EPL yang pertama dalam sejarah kelab Manchester tersebut.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Dzeko mungkin menjadi dambaan penyokong Manchester City sepertimana nama-nama lain seperti Sergio Aguero, Carlos Tevez atau pun Yaya Toure. Namun pemain ini mempunyai ratio jaringan 1 jaringan untuk setiap 2.6 perlawanan. Ia adalah statistik yang wajar dihormati!

Sepanjang berada di England, Dzeko telah membantu Manchester City merangkul kejuaraan EPL pada musim 2011–12 dan 2013–14, kejuaraan Piala FA pada musim 2011-12, Community Shield pada 2012, dan melengkapkan koleksi kejuaraan domestik di England dengan kejuaraan Piala EFL pada musim 2013-14.

Sejak meninggalkan City, Dzeko terus membuktikan ketajaman beliau di hadapan gol apabila muncul sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Serie A Itali bersama Roma pada musim lalu.

Rumusan

Adakah kelab Inggeris akan melakukan pembelian pemain yang mampu memberi impak seperti yang pernah dilakukan oleh Luis Suarez, Patrice Evra, Nemanja Vidic, Nemanja Matic atau pun Edin Dzoko pada Januari akan datang?

Pada pendapat anda, pemain manakah yang punyai potensi dibawa masuk ke Liga Inggeris untuk menyinar? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN