Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kecewa dengan penularan sebuah video yang mengaitkannya dengan penyokong Indonesia yang dipukul oleh penyokong Malaysia.
KBS buat laporan polis siasat video penyokong bola sepak Indonesia dipukul – @SyedSaddiq https://t.co/Ebcl9GV6Yk pic.twitter.com/hSfgTDyecV
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 22, 2019
Syed Saddiq mengesahkan bahawa video yang itu sebagai palsu dan tiada kaitan dengan kejadian di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Syed Saddiq menggunakan Twitternya menjelaskan keadaan. Beliau berkata: “Kepada rakan-rakan di Indonesia, tolonglah jangan percaya ‘hoax’, berita palsu, fitnah yang mengatakan ada penyokong Indonesia yang dipukul dan ada penusukan dikatakan dilakukan oleh penyokong Malaysia.”
Seterusnya, beliau sudah membuat laporan polis tentang perkara tersebut.
“Saya sendiri sudah membuat laporan polis. Saya juga sudah menghubungi polis Malaysia yang sudahpun berhubung dengan polis Indonesia bahawa video itu adalah ‘hoax’, tipu dan fitnah tidak betul,” katanya.
Kenyataan dari Polis.
Polis mengesahkan bahawa kejadian tidak bertempat di Stadium/Luar Stadium.
Bagi yang terkesan atau ada di lokasi kejadian, tolong buat laporan polis supaya siasatan yang adil dapat dijalankan.
Keadilan milik semua, tidak kira dari Malaysia atau Indonesia. pic.twitter.com/61txJWBwcM
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) November 22, 2019
Menteri Belia dan Sukan tersebut juga menyatakan, pihak Kementerian Pemuda dan Olahraga Republik Indonesia juga sudah mengesahkan video berkenaan adalah penipuan.
“Jangan kerana ‘hoax’ hubungan antara kedua negara ini jadi keruh. Kita merupakan rakan serumpun, jangan memecah-belahkan rakyat Malaysia dan Indonesia kerana penipuan yang begitu teruk ini,” katanya