Playoff Liga Premier 2020: Sarawak Tanpa Tiga Tonggak Utama Berdepan Kuching FA

Sarawak

Penolong Jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail kini mengharapkan kudrat pemain muda selepas tidak dapat menurunkan tiga tonggak utama menjelang aksi playoff Liga Premier 2020 menentang Kuching FA, di Stadium Sarawak malam ini.

Kehilangan penjaga gol utama iaitu Shaiful Wazizi Mohamad manakala dua pemain di posisi pertahanan iaitu Adam Fahmi dan Shukor Sulaiman ekoran kecederaan sedikit menjejaskan persiapan pasukan Sarawak untuk perlawanan penting itu.

Menurut Mohamad Denny, Sarawak terpaksa mengubah strategi permainan mengikut kemampuan pasukan dengan pemain sedia ada untuk memastikan mereka kekal beraksi di Liga Premier musim depan.

“Rata-rata pemain Sarawak yang kita ada ini adalah remaja dalam pasukan, walaupun Kuching FA ini dari Liga Amatur tetapi kebanyakan pemainnya dari Sarawak malah mereka berpengalaman.

“Cuma kita ada beberapa masalah di mana kita kehilangan pemain utama iaitu Shaiful Wazizi Mohamad Adam Fahmi dan Shukor Sulaiman sebab cedera.

“Kita terpaksa mengubah strategi permainan kita berdasarkan kemampuan pasukan dan pemain yang sedia ada,”katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Denny menyifatkan perlawanan bagi kedua-dua pasukan yang sememangnya berasal dari negeri Bumi Kenyalang itu bukan mudah buatnya kerana mereka mempunyai penyokong dalam kalangan yang sama.

Malah, beliau juga berharap anak buahnya dapat menerapkan mentaliti untuk menghormati semua pemain ketika beraksi di atas padang pada malam ini.

“Situasi ini sebenarnya tidak bagus untuk bola sepak Sarawak, kita harus menghadapinya juga sebab inilah cabaran membentuk pasukan baharu.

“Jadi nak menerapkan mentaliti untuk menghormati sebab kalau ikut kita ini seperti berlawan sesama sendiri,” katanya.

Sarawak terpaksa mengharungi aksi playoff berdepan naib juara Liga M3, Kuching FA selepas mereka hanya menamatkan saingan Liga Premier musim lalu di tangga ke-11.

Kredit foto: Sarawak FA Official – NgapSayot

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN