Syed Saddiq Pandang Serius Isu Ugutan Bunuh Kepada Pemain Muda Malaysia

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, kecewa dengan beberapa laman peminat (fan page) bola sepak Indonesia yang mengutuk sehingga mengugut bunuh pemain muda B-16 Malaysia, Amirul Ashrafiq Hanifah.

Amirul Ashrafiq Hanifah tersilap muat naik gambar bendera Indonesia, di mana dia meletakkan bendera Poland dalam insta story. Ia dianggap perbuatan menterbalikkan bendera Indonesia.

Ini bukan kali pertama negara jiran kita bengang dengan isu ini. Sebelum ini dalam Sukan SEA pun sama. Ia bukanlah disengajakan.

Dan pemain tersebut sudah pun meminta maaf kepada rakyat Indonesia.

Sebuah laman peminat Indonesia telah mengugut bunuh pemain muda itu.

Pegawai media sosial kami cuba mendapatkan pandangan daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tentang pendirian beliau akan hal itu.

Syed Saddiq ternyata kecewa dan menyatakan beliau sudah menghubungi menteri di Indonesia akan hal ini. Beliau meletakkan keselamatan pemain sebagai keutamaan.

Syed Saddiq berkata:

“Pemain dah meminta maaf. Pihak Indonesia juga dah terima permohonan maaf.”

“Ugutan seperti ini tak boleh ditoleransi. Saya syorkan pihak berkenaan membuat laporan ke atas page-page tersebut. Keselamatan pemain prioriti kami.”

“Saya dah menghubungi Menteri mereka berkenaan isu ini.”

Sebelum ini, pemain-pemain B-19 Malaysia diserang dengan objek dan diprovokasi. Penyokong Indonesia tidak menghormati lagu Negaraku.

Namun Setiausaha Umum PPSI, Ratu Tisha menganggap itu hanya perkara kecil dan sebahagian daripada ‘rivalitas’.

Nasihat kami kepada pemain-pemain muda dan pemain-pemain Malaysia, berhati-hatilah dalam memuat naik status. Periksa dahulu dengan teliti. Anda adalah membawa nama negara.

Kepada pihak Syed Saddiq dan FAM, kami berharap ada laporan rasmi kepada AFC ataupun FIFA tentang kejadian baru-baru ini.

Tinjauan kami di laman rasmi FAM dan di laman-laman sukan lain, rata-rata mahu pihak FAM dan sesiapa sahaja yang ada akses akan hal ini lebih tegas dalam isu ini.

Kami setuju dengan Syed Saddiq, keselamatan pemain adalah keutamaan tak kira apa jua alasannya, termasuk ‘rivalitas’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN