Allegri Mahu Euforia Cristiano Ronaldo Dilupakan Sebentar

Jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri telah memberi amaran. Bahawa di sebalik segala sambutan dan euforia kegembiraan menyambut ketibaan Cristiano Ronaldo di kelab tersebut, laluan penuh berliku bakal menanti musim ini.

Selepas meraih kejuaraan Serie A yang ke-7 berturut-turut, Juventus berjaya mengikat lima kali pemenang Ballon d’Or, Ronaldo untuk membantu mereka memburu kejuaraan ke-8.

Walaupun gembira dengan ketibaan bintang Portugal tersebut, Allegri tidak mahu terlampau yakin.

“Cristiano [Ronaldo] kaya dengan pengalaman di peringkat antarabangsa, dan sudah pasti akan banyak membantu apsukan ini. Tetapi kita harus sentiasa berhati-hati.”

“Terlampau banyak euforia di sekeliling kelab ini ketika ini, dan ia tidak bagus.” jelas Allegri.

“Musim akan datang akan menjadi lebih sukar daripada musim sebelum ini. Pihak lawan akan lebih agresif seelpas kami menang banyak kejuaraan sebelum ini. Dan ketibaan Ronaldo turut akan mengundang pasukan lawan untuk membuktikan sesuatu,” tambah jurulatih berusia 50 tahun itu.

Bagi Allegri, Ronaldo akan memberikan lebih motivasi kepada lawan untuk beraksi cemerlang ketika menentang Juventus.

Pada musim lalu, Napoli mengakhiri musim hanya empat mata di belakang Juventus. Untuk musim akan datang, bekas pengurus dan jurulatih Ronaldo di Real Madrid akan mengambil alih pasukan lawan mereka itu.

Bagi Allegri, mereka harus melupakan segala sambutan dan euforia yang diraikan sebentar, dan mulai memberikan fokus terhadap musim Serie A yang akan bermula.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN