Syed Saddiq Mahu Pihak Swasta Terlibat Bangunkan NFDP

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata syarikat swasta wajar tampil sebagai penaja untuk turut menyumbang kepada program pembangunan bola sepak di dalam negara.

Gesaan oleh Syed Saddiq itu dilakukan selepas ditemui wartawan Berita Harian pada Majlis Penyerahan Jalur Geminang kepada Kontinjen Malaysia yang akan menyertai Sukan Para Asia Jakarta di Kampung Pandan semalam.

Menurut Syed Saddiq perkara itu boleh dilaksanakan mengambil kira kemampuan beberapa syarikat yang mampu melabur jutaan ringgit untuk memiliki kelab bola sepak dan pemain dari luar negara.

“Jika mereka boleh melabur beratus juta ringgit untuk membeli kelab luar dan pemain luar negara, mengapa tidak mereka menyumbang bakti dalam program pembangunan bola sepak tanah air,” kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Antara rakyat Malaysia yang memiliki kelab di luar negara ialah Tan Sri Vincent Tan yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya.

Tan Sri Vincent Tan merupakan pemilik kelab Liga Perdana Inggeris yang berpengkalan di Wales, Cardiff City.

Syed Saddiq turut membayangkan pihak beliau sudah melakukan perbincangan dengan pihak terbabit mengenai potensi tajaan kepada Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), yang dikatakan mempunyai kos tanggungan tinggi dan terpaksa ditanggung oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Bagaimanapun Syed Saddiq enggan memaklumkan butiran lanjut mengenai perkara tersebut.

Photograph: Michael Steele/Getty Images

“Buat ketika ini saya tidak boleh maklumkan nama pihak terbabit. Tapi saya sudah mengenal pasti beberapa penaja yang berpotensi untuk menjalinkan kerjasama membawa program bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi.

“Saya amat berharap sokongan daripada pihak terbabit yang sebelum ini memang menunjukkan minat agar dapat membantu bola sepak tempatan mengorak langkah ke arah lebih baik.

“Saya tahu mereka ini menjiwai bola sepak tanah air tapi mereka mahu dana yang disalurkan itu melalui proses yang betul supaya setiap sen disalurkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

Syed Saddiq turut mengesahkan pihak yang terlibat dengan perbincangan tersebut memberi maklum balas positif dalam perjumpaan awal yang dilakukan baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu Syed Saddiq turut berkata penekanan akan diberikan kepada ketelusan kepada setiap perbelanjaan yang digunakan untuk tujuan pembangunan agar setiap sen boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN