Robben Nafi Krisis Wujud Di Bayern Munich Selepas Kehilangan Mata

Arjen Robben menafikan sebarang bentuk krisis di Bayern Munich setelah juara Bundesliga musim lalu itu kehilangan mata dalam dua perlawanan sebelum ini.

Bayern diikat di tempat sendiri oleh Augsburg dan tewas kepada Hertha Berlin selepas permulaan cemerlang dalam kempen musim ini dengan empat kemenangan.

Sehubungan dengan itu Robben menegaskan pasukannya perlu kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Ajax di pertandingan UEFA Champions League pada awal nanti.

(Photo by Alexandra Beier/Bongarts/Getty Images)

“Augsburg dan Hertha tidak memiliki banyak peluang ketika berhadapan kami, tetapi mereka sangat efisien. Sebaliknya kami memiliki peluang yang banyak untuk menjaringkan gol, tetapi tidak berbuat demikian.

“Adakala bola sepak boleh jadi begitu. Kami tidak risau. Apa yang kami perlu lakukan ialah kembali mencari rentak kemenangan dan semuanya akan kembali pulih seperti sedia kala,” ujar Robben kepada wartawan.

Mengenai prospek berhadapan dengan kelab bola sepak yang berasal dari negara kelahirannya, Robben dipetik sebagai berkata:

“Saya gembira apabila terdapat dua kelab dari Belanda bertanding di UEFA Champions League sejak sekian lama. Ajax bermula dengan baik dan skuad ini mempunyai ramuan untuk mara ke pusingan seterusnya. Mereka memiliki ramai bakat muda yang berkualiti.

(Photo by Carlos Palma/NurPhoto via Getty Images)

Ajax menewaskan AEK Athens 3-0 di tempat sendiri dalam perlawanan pertama Kumpulan E, tatkala Bayern merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Benfica.

Robben, 34, gets to take on Dutch compatriots in the Champions League.

“Ia adalah istimewa untuk berhadapan dengan pasukan dar Belanda. Sepanjang karier saya di UEFA Champions League, saya hanya berpeluang menentang pasukan dari Belanda sebanyak sekali atau dua sahaja. Saya berharap kita akan menyaksikan perlawanan yang penuh kualiti,” ujar Robben lagi.

Namun bagi bekas kapten Belanda itu, perlawanan menentang wakil dari Belanda akan hadir dengan sedikit sentimen.

“UEFA Champions League ialah pertandingan yang hebat. Ia adalah pertandingan tertinggi anda boleh beraksi menentang pasukan terbaik yang mengambil bahagian.

( Photo by Pedro Fiúza/NurPhoto via Getty Images)

“Kami mahu ke perlawanan akhir dan membawa trofi kejuaraan kembali ke Munich. Pasukan ini mempunyai kualiti untuk berbuat demikian, namun semua orang tahu betapa sukarnya pertandingan ini.

Robben menjaringkan gol kemenangan untuk Bayern ketika kali terakhir trofi kejuaraan eropah itu menuju Munich dengan menewaskan Borussia Dortmund 2-1 di Wembley.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN