Syed Ahmad: “Gaji Pemain Liga M Terlalu Tinggi, Tak Setimpal Dengan Kualiti”

Bekas penyerang skuad kebangsaan era 70-an, Syed Ahmad Syed Abu Bakar menganggap gaji pemain Liga Malaysia pada hari ini terlalu tinggi. Dan kebanyakannya pula tidak berbaloi dengan kualiti para pemain.

Isu ini yang membuatkan pengurusan dan persatuan bola sepak hanya menanggung kerugian sedangkan hasilnya sangat sedikit. Oleh itu Syed Ahmad menasihatkan agar pengurusan pasukan dalam Liga Malaysia tidak membayar para pemain dengan gaji terlalu tinggi – akhirnya diri sendiri yang terpaksa menanggung beban hutang melampau.

Setiausaha Agung FAM – Stuart Ramalingam menyatakan bahawa kes tunggakan gaji pemain bola sepak di Malaysia sebagai yang tertinggi di Asia. Beliau mendedahkan 262 kes tunggakan gaji telah dilaporkan ke FAM.

Foto: FAM

Pre­siden PFAM, Rezal Zambery Yahya pula menyatakan kira-kira 300 kes telah dilaporkan kepada mereka melibatkan isu tunggakan gaji pemain dan penamatan kontrak secara tidak sah sejak lima tahun kebelakangan ini.

Perubahan zaman telah membuatkan gaji pemain meningkat dengan mendadak. Pada era beliau, Syed Ahmad menyatakan, pemain yang bergaji RM1,000.00 sudah dikira besar. Ini akan ditambah dengan elaun perlawanan sekitar RM10.00.

Beliau berkata kepada Utusan Malaysia: “Situasinya sekarang, lihat mutu permainan para pemain terutama sekali ketika dengan skuad kebangsaan. Zaman sekarang, gaji sahaja yang tinggi, tetapi [prestasi] tak ke mana.”

Syed Ahmad juga meminta persatuan dan pengurusan bola sepak agar tidak terlalu emosi dalam berbelanja. Sebaliknya berbelanjalah berdasarkan kemampuan. Berilah gaji yang setimpal dengan kemampuan para pemain.

Sebelum ini, Utusan Malaysia mendedahkan gaji para pemain sehingga RM70,000.00. Syed Ahmad berpandangan, dengan kualiti pemain yang ada pada hari ini gaji sekitar RM10,000 sehingga RM20,000 boleh dikira sudah cukup baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN