Hargai Dedikasi, TMJ Kurniakan Pemain & Staff JDT Jam Rolex

Semua pihak sedia maklum bagaimana moral di bilik persalinan sesebuah kelab bola sepak boleh mempengaruhi prestasi di atas padang sepanjang musim. Dan apabila kita bercakap mengenai moral pasukan, ia bukan sahaja ditujukan khas kepada pemain – tetapi kepada seluruh peringkat organisasi kelab tersebut.

Di JDT, semua sedia maklum betapa akrabnya hubungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan pemain-pemainnya. Tidak boleh disangkal lagi, keakraban dan kesatuan di dalam JDT itu sendiri yang berada di bawah naungan Tunku Ismail adalah salah satu sebab mengapa JDT kelihatan seperti satu keluarga besar yang sentiasa mencipta kejayaan demi kejayaan.

Penghargaan

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan untuk mengurniakan jam tangan jenama Rolex kepada semua pemain-pemain dan kakitangan kelab bola sepak itu sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan usaha keras semua pihak yang terlibat dengan kelab tersebut selama ini.

Perkara itu dikongsikan oleh melalui muat naik di rangkaian laman sosial milik kelab bola sepak itu semalam.

Antara pemain dan kakitangan yang dilihat hadir ialah Aidil Zafuan Abd Radzak, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Syafiq Ahmad dan Kiko Insa. Turut hadir adalah Luciano Figueroa, Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT.

Skuad JDT kini berada di Bangkok, Thailand untuk rangka persiapan mereka bagi menghadapi musim baru bermula Februari hadapan.

Sejak diambil alih oleh TMJ pada 2013, JDT telah berjaya menjadi sebuah kuasa besar bola sepak Malaysia- menjuarai lima kejuaraan liga secara berturut-turut, satu trofi peringkat serantau (Piala AFC)  pada 2015, selain satu kejuaraan Piala FA pada 2016.

Musim ini persiapan skuad JDT tampak lebih rapi dengan fokus turut diberikan kepada pertandingan Asian Champions League (ACL) yang turut disertai oleh pasukan dari selatan tanah air itu secara merit selaku juara Liga Super Malaysia pada musim lalu.

TMJ berpuas hati

Sebelum ini TMJ pernah meluahkan keterujaan akan persiapan JDT sepanjang pra musim, dan menyifatkan persiapan pada tahun ini adalah yang terbaik pernah baginda lihat.

“Untuk musim ini, saya sangat teruja dan saya tidak pernah segembira ini apabila melihat ‘energy’ yang ditunjukkan oleh pemain, gaya permainan dan intensiti mereka.

Sumber: JOHOR Southern Tigers

“Ia menakjubkan. Para pemain tidak sabar menunggu musim bermula, saya tidak sabar menunggu musim bermula dan jurulatih turut tidak sabar menunggu musim bermula.

“Saya perlu memberitahu anda bahawa selama bertahun-tahun saya melihat persiapan pramusim, ini adalah tahun yang paling memuaskan berdasarkan apa yang saya lihat.

“Sekiranya kita boleh membawa pulang sikap serta mentaliti ini, dan mempamerkan 60% atau 70% sama seperti ini sepanjang musim, saya percaya kita akan mempunyai musim yang baik pada tahun 2019.

Konklusi

Satu perkara yang pasti ialah JDT merupakan salah sebuah pasukan di Malaysia yang memiliki struktur untuk bersaing secara kompetitif saban musim.

Dominasi Harimau Selatan di dalam negara sudah terbukti. Kini ‘Luaskan Kuasa Mu’ takluki Asia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN