Syazwan Zainon Akui Bukan Mudah Warisi Baddrol Bakhtiar Sebagai Kapten Kedah

Syazwan Zainon

Pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA), Syazwan Zainon menjelaskan bukan mudah mengambil peranan ketua pasukan yang ditinggalkan Baddrol Bakhtiar yang berhijrah ke Sabah, musim ini.

Ujarnya, nama Baddrol selaku ketua pasukan Kedah Darul Aman sudah begitu sinonim di kaca mata peminat dan menjadi satu cabaran buat dirinya memenuhi harapan yang disandarkan.

Justeru, Syazwan berharap semua pihak boleh berikan sokongan kepada dia dan tidak terlalu membandingkan dengan Baddrol kerana masing-masing ada cara tersendiri.

“Tanggungjawab sebagai ketua pasukan di Kedah sebenarnya membuatkan saya berasa takut dan bukan untuk dibanggakan kerana semua orang tahu ketua pasukan sebelum ini adalah Baddrol Bakhtiar.”

“Saya gementar jika ada orang hendak bandingkan saya dengan Baddrol kerana legasi yang dia tinggalkan sangat besar untuk diisi oleh sesiapa.”

“Jadi, situasi ini bukan mudah namun harap semua peminat boleh menerima cara saya kerana setiap pemain punyai karakter yang berbeza.”

“Apa-apapun, saya masih Syazwan yang dikenali seperti mana dulu dan akan sentiasa bercakap untuk kepentingan rakan sepasukan dan beri arahan kepada pemain jika keadaan memerlukan,” katanya.

Syazwan yang bakal menginjak umur 33 tahun menjadi antara pemain paling senior selain Shahril Saa’ri dan Azamuddin Akil di Kedah selepas pemergian Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali ke Sabah.

Biarpun pernah berhijrah ke Selangor selama dua musim pada 2019 dan 2020, Syazwan sebenarnya telah beraksi bersama Kedah sejak pertengahan musim 2013 hingga 2018.

Dia telah membantu Kedah memenangi pelbagai kejuaraan seperti Piala Malaysia (2016), Piala FA (2017) dan Liga Premier (2015).

Mengenai musim ini, Syazwan menjelaskan banyak perubahan sedang berlaku dalam pasukan dengan kehadiran sebahagian besar pemain-pemain muda yang menyaksikan Kedah bermain lebih pantas dalam tiga perlawanan lalu.

Antara nama besar yang bersama Kedah pada musim ini ialah Syafiq Ahmad, Al Hafiz Harun, Amirul Azhan Aznan dan Khairu Azrin Khazali.

“Terlalu awal untuk saya katakan yang Kedah akan jadi lebih baik berbanding musim lalu tetapi azam kami tetap sama iaitu mahu menjadi pencabar kejuaraan.”

“Dibarisi ramai pemain muda, taktikal dan formasi pasukan nyata telah banyak alami perubahan malah begitu laju jika hendak dibandingkan sebelum ini.”

“Apa yang mencabar sebenarnya adalah untuk kekal konsisten sepanjang musim dan harap permulaan positif Kedah dalam tiga perlawanan lalu dapat diteruskan,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN