MPFL: Intan Sarah Berazam Mahu Sekali Lagi Kecewakan Selangor

Intan Sarah Anisah bertekad mahu sekali lagi menjadi penghalang Selangor MBSJ dari menjuarai saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).

Beliau sebelum ini pernah menjadi nadi penting skuad futsal Kuala Lumpur yang menewaskan Selangor MBSJ untuk menjuarai saingan MPFL musim lalu.

Intan Sarah yang kini sedang bersaing dengan Fatin Shahida Azmi untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan yakin Melaka akan lakukan sesuatu untuk menghalang Selangor MBSJ dari bergelar Juara.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam aksi perlawanan terakhir esok dengan Selangor MBSJ hanya memerlukan keputusan seri untuk bergelar Juara.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan, Selangor MBSJ berjaya mengumpul 25 mata, satu mata mengatasi Melaka yang berada di kedudukan kedua.

Intan tekad mahu bantu Melaka tewaskan Selangor MBSJ

Minggu lalu, ketika Intan ditemu bual oleh wartawan Semuanya Bola, beliau telah ditanya tentang harapannya untuk aksi bertemu Selangor MBSJ.

Memandangkan mereka tewas dalam pertembungan sebelum ini, maka Intan Sarah yakin Melaka tidak akan ulang kesilapan sama.

“Kami nak comeback balik hari Rabu nanti lah, sebab tengok point pun tak jauh sangat, kiranya siapa menang, dia lah akan menang liga ni. Insyaallah.”

Selangor MBSJ sendiri sedar yang mereka ada tugas berat untuk menyekat kemaraan skuad Melaka dalam aksi perlawanan terakhir nanti.

Intan Sarah turut meminta para penyokong agar datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada skuad Melaka dan hal itu jelas membuktikan beliau benar-benar bertekad mahu menewaskan Selangor MBSJ.

“Hello kepada Ultras Taming Sari dan kepada penyokong Melaka ayuh lah datang ke Stadium Panasonic hari Rabu ini menyaksikan perlawanan terakhir Melaka menentang Selangor MBSJ.”

“So sokongan korang semangat kami.”

Jelas Intan Sarah dalam satu video yang dimuat naik oleh laman instagram Melaka.

Selangor sedang berada di tahap persembahan terbaik

Ketika aksi bertemu KL Prefer-Cyberlynx sebelum ini, skuad Selangor MBSJ telah membuktikan mentaliti Juara mereka dengan mereka cemerlang comeback dari ketinggalan 4-1 untuk menewaskan lawan 8-5.

Mereka kemudiannya mencatatkan kemenangan 12-0 menewaskan Kuala Lumpur sebelum hari ini mereka berjaya menewaskan PDRM 6-0.

 

Pemain Selangor MBSJ, Fatin Shahida Azmi merupakan penjaring terbanyak kejohanan selepas beliau merekodkan 17 gol setakat ini.

Beliau sudah tentu akan sangat diharapkan bakal mampu membantu Selangor MBSJ menewaskan Melaka dalam pertembungan terakhir mereka esok.

Leave a Reply