“Saya Bakal Turunkan Kesebelasan Terbaik” – Christophe Gamel

Sri Pahang tampak serius dengan persiapan mereka untuk perlawanan malam esok bagi aksi pusingan pertama Piala FA menentang pasukan dari Liga M3, Manjung City FC di Stadium Darul Makmur yang sebelum ini ditunda kerana wabak Covid-19.

Menurut Christophe Gamel selaku pengendali Sri Pahang, kesemua pemain import berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan namun mengikut peraturan hanya empat sahaja dibenarkan beraksi dan pastinya jurulatih tersebut mempunyai ramuan tersendiri untuk memilih pemain mana yang bakal menjadi kekuatan utama bagi perlawanan malam esok.

“Oleh itu, saya belum membuat keputusan senarai pemain import yang akan bermain kerana keputusan pada hari perlawanan. Pada masa sama, saya turut menilai semua pemain kerana ada yang baharu pulih daripada wabak Covid-19 dan kecederaan.

“Saya akan pastikan kesebelasan pemain yang akan berdepan Manjung City adalah yang terbaik,” kata jurulatih berumur 50 tahun itu menerusi Harian Metro.

Sri Pahang antara yang serius dalam mempersiapkan skuad dengan menandatangani empat pemain import baharu selain beberapa bakat tempatan untuk membuktikan sesuatu dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim ini.

Empat import yang ditandatangani mereka ialah Mamadou Samassa sebagai penjaga gawang gol import, Johan Martial di bahagian pertahanan, Mahmoud Za’tara dan Billy Ketkeophomphone di bahagian serangan selain mengekalkan pemain tengah lincah musim lalu, Manuel Hidalgo.

Selain itu, skuad ini turut diperkuatkan dengan pemain kacukan iaitu Sean Gianelli, David Rowley, dan Nick Swirad selain dua pemain yang bakal dinaturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero.

Dalam masa sama, Gamel juga mengharapkan agar kesemua pemain yang bakal disenaraikan malam esok mampu memberi aksi yang terbaik demi mencatat kemenangan sulung musim ini setelah terlepas dua perlawanan Liga Super sebelum itu disebabkan Covid-19.

Jelas beliau lagi, semua para pemain mendapat peluang sama rata untuk terpilih beraksi malam esok termasuk beberapa pemain muda yang berupaya membuktikan sesuatu buat pengendali dari Perancis itu.

“Ketika ini jika dilihat kepada persembahan dan komitmen pemain terutama pemain muda sepanjang latihan, mereka boleh beraksi esok. Oleh itu apabila diberikan peluang bermain dengan bagus sepanjang perlawanan untuk memastikan Sri Pahang mencatat kemenangan,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN