Quantcast

BERITA

Syazwan Andik Bakal Menyertai Pasukan Dari Selatan?

Destinasi baharu pemain pertahanan skuad kebangsaan, Syazwan Andik menjadi tanda tanya selepas beliau disahkan telah meninggalkan pasukan Kuala Lumpur dan sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan ketika sesi latihan di Padang Ulu Pudu semalam.

Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai perpindahan Syazwan atau dipanggil sebagai ‘Pelo’ ke Selangor selepas penolong pengurus skuad The Red Giants, Nazzab Hidzan, memuat naik gambarnya bersama pertahanan kiri itu di laman sosial.

Namun, ketua jurulatih Selangor, B. Satiananthan menafikan pemain tersebut akan menyertai pasukannya sebaliknya beliau akan kembali ke Johor.

“Setakat ini, saya tidak memperoleh sebarang maklumat mengenai perkara itu. Jika dia benar-benar mahu menyertai kami, dia perlu melakukannya secepat mungkin.

“Namun, setakat yang saya sedari, dia akan menyertai Johor,” katanya dalam Stadium Astro.

Gambar yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu mengaitkan Selangor dengan Syazwan Andik.

Pengesahan daripada Satiananthan itu bermakna Syazwan hampir pasti berhijrah ke Johor Darul Ta,’zim (JDT) selepas gergasi bola sepak tanah air itu turut dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Melaka United turut berminat untuk memancing Syazwan Andik

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan dalam Berita Harian berkata Pelo turut berada dalam perancangan pasukan bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan.

“MUSA juga sedia berbincang berkaitan gaji yang ditawarkan kepadanya sesuai dengan kebolehan dan prestasi semasanya.

“Malah kami yakin tawaran terbabit memuaskan untuknya selesa beraksi bersama Melaka United musim ini,” katanya.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!