Pemain Muda Matthijs de Ligt Beri Jaminan Tidak Tinggalkan Ajax Januari Ini

Ajax dikenali sebagai salah sebuah kelab di Eropah yang sentiasa menghasilkan pemain bola sepak terbaik melalui akademi bola sepak milik mereka.

Terkini, dua pemain yang menjadi buruan kelab-kelab gergasi eropah ialah pemain tengah berusia 21 tahun, Frenkie de Jong, dan juga pemain pertahanan berusia 19 tahum, Matthijs de Ligt.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)
Tarik kelab utama eropah

Prestasi semasa De Jong dan De Ligt bersama Ajax telah mencuri tumpuan beberapa kelab utama di eropah. Antaranya ialah Barcelona, Paris Saint-Germain, Manchester United dan juga Juventus.

Kedua-dua pemain dikategorikan sebagai bakat fenomena dari Eropah – mempunyai tahap kematangan dan kebijaksanaan di dalam permainan melangkaui usia mereka.

Dan mungkin juga sikap profesional dua pemain ini juga boleh dikategorikan sebagai terbaik, berdasarkan komen De Ligt seperti yang dilaporkan oleh beiN Sports baru-baru ini.

(Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)
De Ligt nafi spekulasi

Pada usia 17 tahun, De Ligt juga merupakan benteng utama pasukan Ajax yang berjaya mara ke perlawanan akhir UEFA Europa League – sebelum dinafikan oleh Manchester United. Pada usia 19 tahun, De Ligt sudah pun diberikan peranan kapten pasukan Ajax.

Kecemerlangan De Ligt menjadikan beliau sebagai penerima anugerah Golden Boy pada bulan lalu – sekaligus menyamai rekod dan pencapaian bintang-bintang muda dunia yang lain seperti Kylian Mbappe, Lionel Messi dan Paul Pogba satu ketika dahulu.

(Photo credit should read MARCO ALPOZZI/AFP/Getty Images)

Bagi De Ligt, tumpuan beliau buat masa ini ialah bersama kelab semasa, iaitu Ajax – dan memastikan kelab tersebut bergelar juara Eredivisie pada penghujung musim nanti.

“Perpindahan tidak akan berlaku pada jendela perpindahan [Januari] ini. Penyokong Ajax tidak perlu risau mengenai perkata itu,” ujar beliau kepada NOS.

Ajax kini berada dua mata di belakang pendahulu liga, PSV walaupun tewas hanya sekali dari 17 perlawanan setakat ini.

Walaupun De Ligt telah menafikan akan berpindah pada Januari ini, spekulasi mengenai masa depan beliau dan rakan sepasukan De Jong pasti akan kembali menjelang jendela musim panas nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN