Syarikat Nanostix Bakal Menjadi Penaja Utama Kedah Musim Ini?

Kedah Darul Aman (Kedah) berkemungkinan bakal mendapat khabar gembira tidak lama lagi selepas ada ura-ura menyatakan penaja utama mereka bakal diperkenalkan serta menyelesaikan segala permasalahan dihadapi.

Terdahulu, nasib penyokong bola sepak di negeri Kedah kini boleh dianggap cukup malang selepas apa yang telah berlaku kepada pasukan mereka sejak pertengahan musim lalu dan membawa sehingga kini.

Bermula dengan episod tunggakan gaji, pelbagai cerita-cerita tidak enak terus dijaja selepas itu untuk mempamerkan sisi gelap pasukan tersebut dalam dunia bola sepak di Malaysia.

Ianya seolah mengulangi apa telah menimpa Kelantan The Red Warriors (TRW) pada tahun lalu yang ditimpa pelbagai kisah negatif sehingga membawa kepada kehancuran sebuah empayar yang dibina oleh Norizam Bin Tukiman (Zamsaham).

Ketika ini, Kelantan sah tidak akan lagi mewarnai bola sepak tempatan apabila mereka bukan sahaja tidak layak untuk saingan Liga Super, malahan aksi di kejohanan Semi-pro.

Kembali kepada Kedah, pasukan tersebut ketika ini dilaporkan masih lagi belum memiliki penaja utama mereka untuk saingan musim 2024/2025 dengan hanya tajaan-tajaan kecil sahaja diterima kini.

Malah, kantung kewangan pasukan tersebut juga dilaporkan berada dalam keadaan cukup berbahaya dan tidak mampu untuk terus bergerak sehingga ke penghujung musim seperti diakui oleh pemilik kelab, Tan Sri Dr. Daud Bakar.

Agak menyedihkan apabila mereka bermula dengan sangat baik pada tahun lalu bawah empayar Dr. Daud Bakar selepas Sang Kenari menerima tajaan syarikat berprestij dari luar negara sebelum tampil sangat suram musim ini.

Walaupun begitu, laporan terbaharu menunjukkan Pengarah syarikat Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil berkemungkinan besar akan menyertai keluarga Sang Kenari untuk musim ini.

Ianya dikongsikan sendiri oleh individu tersebut menerusi media sosial Facebook dengan beliau mahu semua mendoakan urusan beliau dipermudahkan bersama petikan keramat Kedah, ‘Pulun Kedah Pulun’.

Bersama kenyataan tersebut, Shahabudeen turut memuat naik foto bersama bekas pemain tengah Kedah serta Harimau Malaya, Yang Berhormat (YB) Baddrol Bakhtiar, YB Radhi bin Mat Din serta beberapa individu lain dengan berlatar belakangkan jersi Sang Kenari.

Pada masa sama, salah satu sumber kami juga turut menyatakan Shahabudeen berkemungkinan juga akan menjadi pemilik baharu Kedah untuk menggantikan khidmat Dr. Daud Bakar.

Namun, kesahihannya masih belum dipastikan lagi dan sudah tentu jika menjadi kenyataan, Kedah bakal menjadi pasukan pertama menerima tajaan daripada syarikat rokok elektronik di Malaysia.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN