‘Debut’ Safwan Mazlan & Azri Ghani Buat Malaysia Wajar Raih Pujian

Kelibat dua pemain Malaysia iaitu Azri Ghani bersama Safwan Mazlan antara wajar menerima pujian selepas penampilan sulung mereka dianggap sangat positif dan perlu terus diberi peluang pada masa hadapan.

Terdahulu, Kim Pan-gon terpaksa membuat beberapa rombakan dalam kalangan pemain selepas isu kecederaan yang dihadapi menyebabkan ramai tonggak utama terpaksa diketepikan.

Apatah lagi Harimau Malaya terpaksa menghadapi tugas getir untuk menghadapi cabaran Kyrgyzstan di gelanggang lawan dengan tampil serba kekurangan.

Namun, keputusan positif berjaya diraih Malaysia apabila mereka mampu untuk mengikat seri tuan rumah menerusi keputusan penuh 1-1 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Pada aksi tersebut, Harimau Malaya yang hadir dengan status pelawat terlebih dahulu ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Gulzhigit Alykulov sebelum jaringan sendiri kapten tuan rumah, Valerii Kichin kembali meletakkan Malaysia seimbang di separuh masa pertama.

Keputusan perlawanan kekal 1-1 dengan tiada sebarang gol terhasil pada babak kedua untuk menyaksikan Malaysia membawa pulang satu mata berharga serta menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Jika dilihat pada aksi itu juga Kim telah membuat beberapa perubahan posisi serta barisan kesebelasan utama pemain demi untuk cuba mengimbangi kekuatan pasukan lawan.

Antara paling mencuri tumpuan, pastinya kedudukan penjaga gol utama negara diserahkan kepada Azri Ghani berbanding Kalamullah Al-Hafiz serta Sikh Izhan Nazrel.

Percaturan itu sebenarnya dianggap cukup berisiko kerana ini merupakan perlawanan sulung buat Azri Ghani buat pasukan kebangsaan, dan beliau perlu menghadapi tekanan bermain di gelanggang lawan.

Namun, Azri berjaya membalas kepercayaan Kim menerusi ketangkasan beliau selaku penjaga gawang gol masa depan Harimau Malaya dengan sangat konsisten.

Walaupun melepaskan satu gol, secara keseluruhan Azri juga telah menyelamatkan banyak percubaan berbahaya lawan serta lantang memberi arahan buat rakan pertahanan lain untuk lebih bersedia.

Begitu juga dengan bintang meningkat naik dari Terengganu, Safwan Mazlan yang sangat tenang mengawal posisi pertahanan negara serta membentuk persefahaman baik bersama rakan sepasukan lain.

Walaupun dilihat sedikit gugup pada awal permainan, Safwan perlahan-lahan berjaya mengatasinya serta memberi impak besar pada aksi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN