Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pelaburan kripto, Binance, Changpeng Zhou mengakui pihaknya memang ada membincangkan kemungkinan untuk mengambil alih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, tetapi telah membatalkan hasrat tersebut.
Perkara tersebut disahkan oleh jurucakap syarikat terbabit kepada Reuters yang memaklumkan Zhou ada berhubung dengan Raine Group, syarikat pelaburan Amerika Syarikat (US) yang mewakili Chelsea untuk urusan penjualan kelab tersebut.
Binance chief executive drops plans to snap up Chelsea FC https://t.co/xdFNR184no pic.twitter.com/binDzWgk7B
— City A.M. (@CityAM) March 8, 2022
Binance dianggap sebagai pembeli yang paling berpotensi berdasarkan potensi mereka yang mempunyai nilai perdagangan berbilion dolar AS pada setiap bulan.
Namun selepas membuat beberapa penilaian, pihak pengurusan telah bersepakat memilikisebuah kelab bola sepak bukan menjadi keutamaan syarikat buat masa ini.
Hartawan Rusia, Roman Abramovich telah mengambil keputusan untuk menjual Chalsea pada minggu lalu ekoran serangan negaranya ke atas Ukraine di samping kritikan pelbagai pihak ke atasnya kerana mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Binance merupakan syarikat pelaburanmata wang kripto tersebut di dunia dan tidak bukanlah asing dalam sukan bola sepak. Mereka merupakan salah satu penaja utama bagi kejohaan Piala Negara-Negara Afrika dan turut menaja skuad kebangsaan Argentina dan kelab Serie A, Lazio.
I'd be so cool if #SAFEMOON sponsored a big soccer club in Europe… Manchester City, Chelsea, Barcelona FC. That would get some attention. Nice move by Binance sponsoring S. S Lazio. pic.twitter.com/AHfptGyiqE
— Forrest_Pump 🪐 (@Forrest_Pump1) October 16, 2021
Setakat ini, Raine Group dan Chelsea masih belum memberikan sebarang komen rasmi megenai perkembangan semasa proses pengambil alihan kelab berkenaan.
Abramovich menjangkakan Chelsea yang merupakan juara Eropah dan Piala Kelab Dunia dapat dijual dengan nilai lebih £3 bilion (RM32.9 bilion) meskipun beliau mendapatkan kelab barat London tersebut pada 2003 dengan hanya £140 juta (RM767.6 juta).
Walaupun nilai tersebut dianggap tinggi, namun ia telah menarik beberapa individu dan syarikat untuk menyatakan minat mereka kerana melihat nilai komersial yang dimiliki oleh kelab EPL itu.
Sehingga kini tidak kurang daripada 10 pembeli telah mendaftarkan minat dan bidaan untuk menjadi pemilik baru Chelsea.
Antara yang berminat adalah hartawan AS Todd Boehly, yang mempunyai pegangan bersama kelab besbol LA Dodgers dan kelab bola keranjang LA Lakers. Boehly dikatakan akan bekerjasama dengan hartawan Switzerland, Hansjorg Wyss. Setakat ini kedua-duanya masih enggan memberikan sebarang komen kepada pihak media.
⚽️ #Exclusive (1/2): The Swiss-American consortium around Hansjörg Wyss and Todd Boehly have submitted a bid to buy #Chelsea from #Abramovich. The amount of the offer is unclear. The group remains in good spirits and is now waiting. pic.twitter.com/vUr2ug6lvc
— Nicola Imfeld (@nicola_imfeld) March 8, 2022
Turut sama memasuki ‘perlumbaan’ adalah hartawan Turki, Muhsin Bayrak yang mendakwa sudah semakin hampir untuk memuktamadkan pengambil alihan Chelsea dari Roman Abramovich.
Terdapat juga laporan yang mengatakan sebuah konsortium swasta dari Arab Saudi diketuai oleh Saudi Media telah menyatakan minat untuk mendapatkan hak pemilikan kelab berkenaan.