Liga Super: Rangkaian 4 Serangan Import Melaka United Gagal ‘Kekah’ Penang

Penang Melaka United Liga Super 2022 import

Melaka United turun dengan empat penyerang import bagi memburu mata pertama mereka dalam saingan Liga Super 2022, namun gagal untuk meledak sebarang gol – satu gol adalah hadiah oleh pertahanan Penang FC.

Dalam aksi minggu pertama, Melaka United tewas mengejut kepada pasukan yang dibarisi pemain tempatan, PJ City FC dengan keputusan 0-1 yang menyaksikan kekalahan pertama mereka kepada lawan mereka itu.

Penang juga turun dengan misi yang sama selepas tewas tipis 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu pertama. Namun kali ini, dua perubahan pemain dilakukan Tomas Trucha dengan kemasukkan Faiz Mazlan dan Danial Ashraf bagi membuka sedikit permainan mereka yang lebih tertutup minggu lalu.

Begitupun, jentera serangan skuad Hang Tuah yang dibarisi penjaring terbanyak Liga Super 2021, Ifedayo Olusegun, Sony Norde, Adriano dan Emmanuel Otti dilihat gagal menterjemahkan sesuatu untuk tiga mata.

Penang masih tidak dapat menurunkan tiga pemain import mereka – dua digantung perlawanan iaitu Endrick dos Santos dan Casagrande serta Christian Rontini yang mengalami kecederaan ketika aksi pra-musim.

Itupun, Melaka United yang berkunjung ke laman lawan masih gagal untuk menang ke atas mereka.

Penang terlebih dahulu mengasak pelawat dengan dua percubaan dalam lima minit pertama menerusi sepakan penjuru diikuti sepakan percuma yang diambil Rafael Vitor yang telah berjaya diselamatkan Norazlan Razali.

Minit ke-8, Danial Ashraf pula melepaskan peluang terbuka untuk meledak gol menerusi tandukkan.

Selepas 10 minit, Ifedayo Olusegun hampir berhasil untuk memecah kebuntuan mereka, namun gerakannya terlebih dahulu dipatahkan oleh penjaga gol tuan rumah, Khatul Anuar yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi benteng akhir selepas aksi memukaunya menangkis deretan peluang JDT di Stadium Sultan Ismail.

Minit ke-27, Danial Ashraf mengegarkan Stadium Bandaraya dengan jaringan pembukaan menerusi rembatan sudut sukar selepas menerima lorongan baik oleh Faiz Mazlan yang menemuinya di dalam kotak penalti.

Empat minit sebelum babak pertama berakhir, kapten Harimau Kumbang, Latiff Suhaimi menghadiahkan jaringan penyamaan buat Melaka United selepas sepakan penjuru yang diambil Sony Norde telah tertanduk masuk ke gawangnya sendiri berpunca daripada kekalutan di depan pintu gawang Penang ketika itu.

Penyerang import, Hilal El-Helwe hampir meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-46, namun tandukkannya tampak kurang deras dan berjaya dikeluarkan benteng pelawat walaupun Norazlan Razali telah tertewas. Minit ke-74, sekali lagi Hilal terlepas peluang apabila hanya membuat rembatan lemah ke gawang Melaka United.

Khatul Anuar membuat dua aksi menyelamat penting buat tuan rumah di babak kedua bagi menafikan tiga mata buat pasukan pelawat. Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN