Latihan pra musim JDT di Dubai tetap berjalan lancar walaupun berhadapan dengan masalah keracunan makanan dan kecederaan yang menimpa beberapa pemain.
Skuad JDT sudah berada di Dubai sejak 23 Januari lalu untuk menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab eropah dan tempatan di sana bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula pada Mac hadapan.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab tersebut semalam, Benjamin Mora mengesahkan Bergson da Silva telah pulih dari ‘stomach infection’ yang mengakibatkannya terlepas perlawanan terakhir menentang Riga FC pada 29 Januari.
Dua lagi pemain, Hong Wan dan S. Kunanlan pula masih tidak dapat diturunkan kerana keracunan makanan.
The Johor Darul Ta'zim FC (JDT) squad have had some excellent training sessions in Dubai, and are adapting well to a new system with various variations to prepare us for the 2022 season. The international preseason friendlies have also been encouraging.
[1/3] pic.twitter.com/28BOVZ4yDi
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 1, 2022
Mora turut mengesahkan pemain baharu, Syahmi Safari mengalami kekejangan di bahagian hamstring kerana tidak biasa dengan sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT.
Ini merupakan pra musim pertama Syahmi bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut itu setelah mengesahkan perpindahan berliau dari Selangor FC pada 13 Januari lalu.
Sehingga kini JDT telah melalui tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Dubai, dan sehinga kini belum tewas dalam mana-mana perlawanan.
Walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan untuk menguji kombinasi, perlawanan yang dilalui masih berlangsung dengan kompetitif.
2022 INTERNATIONAL CLUB FRIENDLY
FT: JDT [1-1] FC Riga (LVA)
More photos at https://t.co/3GD2yKirxz#JDT #Preseason#JDTInDubai#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/IglkLzFfTb
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 29, 2022
Berjaya mengikat kelab Slovakia 2-2 pada 25 Januari, JDT cemerlang menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli dengan jaringan 1-0 selang dua hari kemudian.
Skuad kendalian Benjamin Mora terus menampilkan komitmen tinggi dalam perlawanan menentang Riga FC pada 29 Januari dan berjaya mengikat juara Latvia itu dengan jaringan 1-1.
JDT dijadualkan melalui dua lagi perlawanan persahabatan di Dubai menentang dua kelab Rusia, Rodina Moscow pada hari ini dan Spartak Moscow pada 5 Februari akan datang.
Sehingga kini, Mora berpuas hati dengan prestasi barisan anak buahnya sepanjang pra musim kerana dan memberi indikasi barisan pemain mampu menyesuaikan diri dengan sistem baharu yang diterapkannya untuk menghadapi musim 2022.