Kelayakan Piala Dunia: Park Hang-seo Gembira Lihat Vietnam Raih 3 Mata Pertama Selepas ‘Bantai’ China

Vietnam China Park Hang-seo gembira

Aksi kelapan Kumpulan B, pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia menyaksikan satu-satunya wakil Asia Tenggara, Vietnam telah meraih tiga mata pertama apabila cemerlang menewaskan China, 3-1.

Ia satu keputusan diluar jangkaan kerana Golden Dragon tewas dalam semua tujuh perlawanan sebelum ini. Ini adalah tiga mata pertama mereka dalam pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia yang berbaki dua perlawanan.

Kejayaan menewaskan China belum lagi mengeluarkan mereka daripada kedudukan tercorot kumpulan, namun ia sudah cukup untuk memberikan kegembiraan buat para penyokong yang dahagakan kemenangan.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, pengendali Vietnam, Park Hang-seo jelas amat gembira dengan keputusan tersebut. Menurutnya, ia bukan hanya tiga mata biasa buat Vietnam. Ini kemenangan sulung mereka.

“Hari ini, hari pertama perayaan Tahun Baru – hari yang amat bermakna, kami bertemu China dan menang. Ini adalah kali pertama Vietnam menang ke atas China dan kali pertama pasukan Asia Tenggara menang di pusingan terakhir kelayakan. Saya mahu berterima kasih kepada penyokong yang bersama kami.

“Selepas 60 tahun, Vietnam berjaya memasuki fasa akhir kelayakan, jadi kejayaan segera diperlukan. Ia sesuatu yang mustahil buat pasukan untuk meraih mata hari ini. Mereka telah berusaha beri yang terbaik, tetapi terlalu tamak jika kita mahu mereka kekalkan momentum kemenangan ini,” tegas Park Hang-seo.

Thailand adalah satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang pernah memasuki pusingan akhir kelayakan Piala Dunia, namun mereka tidak pernah menang. Pada edisi 2018, mereka seri dua kali dan tewas lapan kali.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh menyaksikan Vietnam berhasil mendahului China dua gol tanpa balas di babak pertama. Mereka memasuki padang di halaman sendiri dengan wajah yang berbeza.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Walaupun ditekan China sejak awal perlawanan, Vietnam yang turun dengan formasi 5-3-2 berjaya mendahului lawan dua gol dalam 16 minit pertama menerusi bek sayap, Ho Tan Tai dan penyerang, Nguyen Tien Linh.

Dalam aksi babak kedua, walaupun dikejutkan oleh jaringan lawan yang dibatalkan, anak buah Park Hang-seo mempamerkan aksi tak tergugat malah meledak jaringan ketiga menerusi jaringan jarak jauh, Phan Van Duc. Gol saguhati pasukan pelawat hanya hadir di penghujung perlawanan menerusi jaringan Xu Xin di minit ke-97.

Pemain yang mengubah segalanya adalah kapten mereka yang telah terlepas banyak aksi akibat kecederaan serius yang dialami sejak Mac 2021, Do Hung Dung. Sepanjang ketiadaannya, Vietnam tiada pengganti setara.

Merupakan pemain terbaik perlawanan, beliau membuat dua assist kepada dua gol pertama Vietnam.

https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1488530764119646214

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN