Syafiq Ahmad: “Setiap Peluang Beraksi Untuk JDT Ibarat Emas”

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad menyifatkan setiap peluang yang diberikan oleh jurulatih perlu dibalas kembali kepercayaan itu dengan mempamerkan aksi terbaik di atas padang.

Bagi Syafiq, di JDT bukan mudah untuk mendapatkan minit bermain dan jika ia hadir ibarat peluang keemasan kepada mana-mana pemain.

“Di sini setiap peluang itu memang macam emas, setiap peluang itu kita kena buktikan sesuatu, kena tunjukkan dalam padang yang kita pemain untuk pasukan ini,” katanya.

Pemilik JDT, Tuanku Mahkota Johor (TMJ) pernah menyatakan perkara sama ketika sesi dialog bersama penyokong, pemain yang hadir ke dalam pasukannya tidak akan diberi jaminan minit permainan.

Mereka perlu berusaha dan bersaing secara sihat untuk mendapatkan tempat di dalam pasukan.

Malah bagi Syafiq, jika kepercayaan terus diberikan dalam perlawanan terakhir menentang Sabah, beliau berjanji akan berikan komitmen sepenuhnya di atas padang untuk memastikan JDT kekal rekod tanpa kalah.

Syafiq yang bermain di posisi penyerang sudah sedia maklum setiap kali diturunkan, tugasnya adalah mendapatkan jaringan bagi memastikan pasukan mencapai kemenangan.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini turut menyatakan di JDT bukan sahaja pemain import boleh menjaringkan gol malah bintang tempatan juga boleh melakukannya.

“Sebagai penyerang tempatan saya dapat buktikan saya juga boleh menjaringkan gol dan saya rasa bukan saja sebagai penyerang.

“Saya rasa macam sebelum ini kita tahu Arif Aiman pun pernah hatrik. Jadi kita tidak ketandusan penyerang,” tambah Syafiq.

Syafiq yang sudah hampir empat tahun bersama JDT menyatakan setiap posisi boleh menjaringkan gol bukan hanya tertumpu di sesetengah posisi sahaja.

Untuk musim ini, Bergson da Silva sedang mendahului penjaring terbanyak dengan 27 gol dan ia adalah satu rekod baharu di Liga Super.

Rakan sepasukan beliau, Fernando Forestieri dengan 13 jaringan turut berada dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super bagi tahun 2022.

Bergson berpeluang untuk melebarkan rekod jaringan apabila masih berbaki satu perlawanan lagi dan akan bermain di tempat sendiri.

Ini memberi kelebihan buat penyerang dari Brazil ini mencipta rekod baharu di liga Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN