Syafiq Ahmad Kembali Sertai Kedah Untuk Perkukuh Jentera Serangan Sang Kenari

Penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad secara rasminya kembali menyarung jersi Kedah Darul Aman (Kedah) untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2024 bawah kendalian Nafuzi Zain.

Ianya diperkenalkan secara rasmi melalui video yang dimuat naik oleh media sosial Kedah dengan memaparkan Syafiq selaku pemain pertama diikat Kedah musim ini.

Syafiq menjadi antara pemain yang dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan musim ini dengan status pinjaman dan khabar angin sebelum itu turut menyatakan beliau bakal diikat Sang Kenari.

Untuk rekod, Syafiq bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak Kedah, apabila beliau menjadi antara bakat muda berkualiti pernah dihasilkan kelab tersebut suatu ketika.

Selepas tampil cemerlang bersama Kedah, Syafiq melebarkan karier beliau bersama JDT dan memperoleh banyak kejayaan di pentas domestik serta antarabangsa buat pasukan Harimau Malaya.

Dua tahun lalu, Syafiq sebenarnya telah pun dipinjamkan ke Kedah oleh JDT sebelum pemain tersebut kembali dipanggil pada pertengahan musim untuk memperkukuhkan kembali Harimau Selatan.

Bersama Kedah ketika itu, Syafiq sempat merekodkan beberapa gol serta bantuan jaringan untuk dirinya kembali menjadi bualan ramai para penyokong Sang Kenari menerusi impak diberikan pemain tersebut.

Sepanjang musim lalu bersama JDT, penyerang kelahiran Pulau Pinang itu masih memiliki bisa tersendiri apabila Syafiq mampu meledak tiga gol daripada 10 penampilannua buat pasukan tersebut.

Kelincahan dimiliki Syafiq menjadi salah satu aspek penting mengapa beliau masih dianggap sebagai antara penyerang tempatan berbisa buat pasukan kebangsaan.

Malah, Syafiq juga memiliki kreativiti sangat baik di posisi serangan serta sangat tajam menerusi kualiti tandukan beliau yang telah pun diakui ramai para penyokong.

Setakat ini, Syafiq menjadi pemain pertama yang sudah pun mengesahkan kehadiran beliau bersama Kedah dan pastinya pengalaman serta kualiti pemain itu ditagih oleh Nafuzi Zain untuk mengharungi saingan hadapan.

Sebelum ini, Kedah juga secara rasminya telah pun menjelaskan status pemain mereka musim lalu dengan lapan daripada sembilan tonggak import sah dilepaskan oleh Sang Kenari.

Manakala kebanyakan pemain tempatan pula dijangka akan terus kekal berbakti buat Kedah walaupun menghadapi pelbagai isu seperti tunggakan gaji pada tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN