Syafiq Ahmad Impi Untuk Sarung Kembali Jersi Harimau Malaya

Penyerang baharu Kedah Darul Aman (Kedah) Syafiq Ahmad akui beliau masih mempunyai keinginan untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan jika masih memiliki peluang pada masa hadapan.

Syafiq sebelum ini secara rasminya kembali menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengharungi saingan musim 2024/2025.

Kehadiran Syafiq bersama Kedah sebenarnya sudah pun dijangka oleh ramai penyokong tempatan di media sosial sebaik sahaja JDT mengumumkan beliau akan dilepaskan dengan status pinjaman.

Walaupun dikaitkan bersama beberapa kelab termasuk Penang, tetapi Syafiq memutuskan Kedah selaku destinasi untuk beliau meneruskan karier pada saingan hadapan di Malaysia.

Jelas Syafiq, faktor mengapa beliau memilih Kedah adalah disebabkan oleh Nafuzi Zain sendiri yang merupakan pengendali utama pasukan tersebut.

Katanya, Nafuzi sudah pun terpikat untuk membawanya bersama Kedah sejak tahun lalu lagi demi memperkuatkan aspek serangan Sang Kenari, namun ia hanya berjaya dilaksanakan pada musim ini.

“Jurulatih Nafuzi dan pasukan ini memang mahukan saya sejak musim lalu. Sewaktu jurulatih Nafuzi menandatangani kontrak bersama Kedah, dia ada menghubungi saya untuk membawa saya balik ke sini.

“Itulah faktor utamanya kerana saya lihat taktikal jurulatih Nafuzi bersesuaian dengan corak permainan yang saya mahukan,” kata Syafiq menerusi perkongsian dibuat oleh Stadium Astro.

Pada masa sama, Syafiq juga berharap kehadiran beliau bersama Kedah musim ini mampu menaikkan lagi prestasi dirinya untuk kembali memikat kejurulatihan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

“Saya harap kepulangan saya ke Kedah dapat kembali melonjakkan prestasi saya kerana kita tau pasukan kebangsaan ketika ini akan menghadapi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

“Saya harap dengan peningkatan prestasi itu akan membolehkan saya kembali menyarung jersi kebangsaan dan seterusnya dapat pergi lebih jauh,” kata Syafiq akhir sekali mengenai peluang buat dirinya ke pentas antarabangsa.

Sepanjang bersama pasukan senior kebangsaan, Syafiq sudah pun mencipta 36 penampilan secara keseluruhan serta turut meledak 10 gol bersama lima bantuan jaringan di pentas antarabangsa selaku penyerang utama Harimau Malaya.

Walaupun begitu, nama Syafiq kurang diberi perhatian oleh kem kebangsaan bawah kendalian Kim Pan-gon sejak tahun lalu dan menyaksikan dirinya turut terlepas untuk beraksi di saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar.

Sumber:
Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN