Sven Mislintat: Si ‘Mata Berlian’ Sah Tinggalkan Arsenal, Ini Sedikit Bingkisan Tentang Beliau

Arsenal mengumumkan bahawa Ketua Rekrutmen Pemain, Sven Mislintat akan meninggalkan kelab itu pada 8 Februari ini. Mislintat mengakhiri perkhidmatan beliau selepas 14 bulan bersama The Gunners.

Arsenal dalam kenyataan media mereka memuji kerja Mislintat dengan kenyataan: “telah melakukan tugas yang luar biasa dalam membantu kita merekut pemain yang berjaya memberikan impak besar sekarang dan juga di masa akan datang.”

Arsenal mengucapkan selamat maju jaya kepada Mislintat.

Antara pemain yang berjaya direkrut Mislintat ialah Pierre-Emerick Aubameyang, yang mengikuti beliau dari Borussia Dortmund. Aubameyang terus menjadi nadi Arsenal sejak hari pertama menyertai kelab itu.

LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 20: Pierre-Emerick Aubameyang of Arsenal celebrates after scoring his team’s third goal with Henrikh Mkhitaryan of Arsenal during the UEFA Europa League Group E match between Arsenal and Vorskla Poltava at Emirates Stadium on September 20, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Henry Browne/Getty Images)

Mislintat menyatakan penghargaan beliau kepada Arsenal. Beliau berkata: “Ianya satu pengalaman luar biasa untuk bekerja dengan kelab besar seperti Arsenal, yang telah menjadi satu perubahan besar.”

“Saya teruja ingin melihat apa yang bakal berlaku kepada kelab ini di masa akan datang. Dan saya sendiri tidak sabar-sabar untuk memulakan cabaran baru.”

Sven Mislintat menyertai Arsenal atas usaha Ivan Gazidis. Beliau menjadi watak penting dalam transisi pengurusan di Arsenal. Mislintat bersama-sama dengan Gazidis dan Pengarah Sukan – Raul Sanllehi telah terlibat dalam pemilihan pengurus baharu – Unai Emery.

Pemergian Gazidis ke AC Milan beberapa bulan lalu telah mengundang spekulasi bahawa Mislintat bakal ditunjukkan jalan keluar oleh pengurusan Kroenke. Arsenal juga dilaporkan sukar untuk mendapatkan dana pemain yang sesuai untuk mendapatkan beberapa pemain yang dicadangkan oleh Mislintat.

Selain daripada Aubameyang, beberapa nama lain yang menyertai Arsenal di bawah era beliau ialah seperti; Henrikh Mkhitaryan, Sokratis Papastathopoulos, Lucas Torreira, Bernd Leno dan Matteo Guendouzi.

Sven Mislintat, ‘The Diamond-Eye’ Yang Tinggalkan Arsenal?

Dalam beberapa musim ini Arsenal kelihatan sangat mudah mendapatkan beberapa nama besar dan juga beberapa pemain muda berkualiti dalam jendela perpindahan.

Salah satu sebab adalah Sven Mislintat yang digelar The Diamond Eye. Beliau dilantik menjadi chief scout ataupun head of recruitment untuk Arsenal bermula November 2017. Mislintat dianggap komputer versi advance dalam dunia scouting.

Namun selepas pemergian Gazidis desas-desus bahawa Mislintat mungkin akan meninggalkan Arsenal mulai keluar. Ini juga telah membuatkan Mislintat menjadi perhatian kelab gergasi Jerman -Bayern Munich.

Bayern berminat dengan Mislintat, kerana kerap berhadapan dengan masalah salah beli pemain dalam beberapa musim ini.

Penstrukturan di Arsenal

Situasi di Arsenal, kelab tersebut mahu menstruktur semula pengurusan teknikal tertinggi mereka. Mislintat dibawa oleh bekas CEO Arsenal – Ivan Gazidis. Beliau membantu Arsene Wenger dalam mencari pemain yang sesuai dengan falsafah taktikal Arsenal – modern football. Isu ‘orang Gazidis’ juga antara yang dikaitkan dengan pemergian Mislintat.

Mislintat dan kegemilangan Dortmund

Mislintat seorang penjejak bakat dan perunding yang sangat baik. Lihatlah apa yang beliau lakukan di Borussia Dortmund ketika era Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel. Ketika di Dortmund beliau mendapatkan beberapa pemain kurang dikenali seperti Aubameyang dan Mkhitaryan.

Mislintat pernah menjadi pembantu jurulatih kepada Jose Moraes (protege Jose Mourinho) ketika di Westfalia Herne. Selepas itu beliau meneruskan pengajian dalam Sains Sukan di Ruhr University. Pada 2006 beliau berjaya mendapatkan jawatan dalam scouting department di Borussia Dortmund.

Kejayaan pertama beliau adalah mendapatkan Shinji Kagawa dari Cerezo Osaka yang bermain di divisyen 2 Jepun. Dortmund hanya membayar €350,000 untuk Kagawa. Mislintat mendedahkan beliau berterusan memantau Kagawa ketika di Jepun.

Foto: Getty Images

“Saya ke Jepun 6 kali untuk menyaksikan beliau. 15-20 video lengkap hanya untuk analisis Kagawa. Selepas semuanya siap kami cuba menyakinkan pengurusan,” ujarnya.

Selepas kejayaan mendapatkan Kagawa beliau meneruskan kecemerlangan kerjanya dengan mendapatkan Mats Hummel’s (ketika itu buangan Bayern) dan Robert Lewandowski yang menjadi sejarah penting di dalam kelab.

Hummel dipinjam dari Bayern dan dibayar dengan opsyen tetap hanya €4 juta. Hummel’s ketika itu bukan pilihan Felix Magath ataupun Ottmar Hitzfeld. Kemudiannya Sven Mislintat membantu Dortmund mendapatkan Lewandowski dari Lech Poznan Hanya dengan nilai €4.5 juta.

Ini diikuti oleh Blaszczykowski, Nevan Subotic, Sven Bender. Dan paling power adalah Ousmane Dembele. Dibeli €15 juta dijual €120 juta oleh Barcelona. Kebanyakan pemain yang dipantau dan dicadangkan oleh Mislintat berjaya menjadi pemain utama pasukan.

Barcelona’s new player Ousmane Dembele (R) poses with his new jersey next to Barcelona’s president Josep Maria Bartomeu at the Camp Nou stadium in Barcelona, during his official presentation at the Catalan football club, on August 28, 2017.
French starlet Ousmane Dembele agreed a five-year deal with Barcelona worth 105 million euros ($125 million) plus add-ons. Dembele, 20, moves from Borussia Dortmund, where he has been suspended since he boycotted training on August 10 in protest after the German club rejected Barca’s first bid.
/ AFP PHOTO / LLUIS GENE (Photo credit should read LLUIS GENE/AFP/Getty Images)

Selain itu, Arsenal kini dalam usaha melantik Sporting Director pertama kelab mereka. Dan Arsenal merasakan peranan Mislintat akan terhad dengan adanya jawatan itu.

Telegraph melaporkan Mislintat tiada masalah dengan mana mana ‘bos’ beliau. Namun keputusan yang dibuat Arsenal ini dikatakan atas dasar profesional. Ianya atas cadangan oleh Raul Sanllehi (Head of football) dan Vinai Venkatesham (Managing director).

2 orang tersebut sangat berpengaruh dalam membuat keputusan dalam pengurusan selepas era Wenger. Mislintat menjadi instrumental penting dalam membawa masuk Pierre-Emerick Aubameyang dari kelab lama beliau Borussia Dortmund.

Seterusnya, beliau berjaya menyelamatkan Arsenal daripada rugi teruk kehilangan Alexis Sanchez secara percuma. Mislintat berjaya mendapatkan ‘swap deal’ melibatkan Sanchez – Mkhitaryan.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 29: Henrikh Mkhitaryan of Arsenal is closed down by Alexis Sanchez of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on April 29, 2018 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Mkhitaryan sendiri mendedahkan Mislintat meminta beliau mempertimbangkan tawaran itu untuk membangkitkan kembali karier beliau. Mkhitaryan ketika itu divaluasi dengan nilai sekitar £40 juta.

Ketika Arsenal menyatakan kurang dana perpindahan, dengan kekedekutan mereka, Mislintat berjaya mendapatkan deal untuk Sokratis juga Borussia Dortmund. Mislintat juga berjaya membantu Arsenal mendapatkan Bernd Leno dari Bayer Leverkusen dengan harga yang dianggap agak berbaloi kerana inflasi pada pasaran.

Leno

Arsenal ada lambakan pakar ‘scouting’

Namun sekarang ini Arsenal dikatakan yakin mereka masih ada pasukan scouting yang baik jika melepaskan Mislintat. Misalnya Unai Emery sendiri boleh melakukan kerja itu. Emery ada pasukan scout beliau sendiri yang sedang membantu dalam usaha membawa Denis Suarez.

Sanllehi, juga ada pengalaman yang baik dalam menandatangani pemain muda ketika bersama Barcelona satu ketika dahulu. Beliaulah yang membawa Denise Suarez ke Barcelona.

Peranan Mislintat mulai berkurangan dan berlaku konflik. Pengurusan Arsenal juga merasakan Mislintat menyenaraikan beberapa pemain yang agak tinggi nilai pasarannya. Walaupun beliau sudah beberapa kali berjaya mendapatkan harga terbaik – misalnya Bernd Leno dan Aubameyang. Namun di kacamata Kroenke ianya tetap mahal.

Aubameyang pernah divaluasi sekitar £70 juta berdasarkan inflasi pasaran, persaingan yang banyak untuk mendapatkan -pemain tersebut – serta prestasi Aubameyang ketika itu. Namun Arsenal berjaya mendapatkan pemain itu dengan harga £55 juta.

Arsenal juga menyatakan mereka terkesan dengan impak kewangan pada beberapa musim selepas mendapatkan Lacazette, Aubameyang dan beberapa pemain lagi sebelum ini.

Arsenal masih tidak memberikan bayangan tentang pengganti Mislintat ataupun perkembangan tentang jawatan tersebut, sama ada ianya akan terus wujud atau tidak – walaupun ada jawatan Pengarah Bola Sepak di kelab itu kelak.

Apa yang pasti Mislintat telah melakukan tugas beliau dengan baik di Arsenal yang membuatkan kelab itu agak meriah dengan nama-nama besar dalam perpindahan pemain.

Adakah Arsenal akan merindui Mislintat?

Di Twitter, ramai para penyokong Arsenal menyatakan kekecewaan mereka tentang berita tersebut – walaupun sudah dijangka akan berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN