Ibrahimovic: “Pogba Beraksi Cemerlang Kerana Bebas Selepas Pemergian Mourinho”

Bekas pemain Manchester United – Zlatan Ibrahimovic berpendapat, aksi cemerlang Pogba pada saat ini adalah kerana sudah bebas daripada Jose Mourinho.

Pogba dan Mourinho kerapkali tidak sehaluan dan membuatkan pemain tersebut kerap disisihkan dan gagal menyerlah.

Selepas pemecatan Mourinho, Man. United membawa masuk Ole Gunnar Solskjaer sebagai interim. Man. United mencatatkan 7 kemenangan berturut-turut di bawah kendalian Solskjaer – dengan Pogba cemerlang mencatatkan 5 gol dan 4 assist di bawah kendalian Solskjaer.

Ibrahimovic menyatakan beliau tak terkejut dengan apa yang sedang berlaku kepada Pogba. Ini kerana Ibrahimovic sentiasa percaya Pogba pemain yang hebat. Namun di bawah Jose Mourinho, Paul Pogba menunjukkan ‘warna’ beliau yang sebenar.

Bercakap kepada ESPN, Ibrahimovic berkata: “Saya tidak terkejut dengan prestasi Pogba. Ada beberapa pemain perlu dibebaskan. Mereka perlu berasa bebas dan melakukan apa yang mereka mampu lakukan di bawah kendalian jurulatih.”

“Jelas sekali, Mourinho ada taktik, namun beberapa pemain mereka mahu pergi melangkaui sempadan itu, dan anda perlu biarkan mereka bebas. Salah seorang daripada pemain itu ialah Pogba.”

“Paul tidak merasa keyakinan daripada Mourinho. Dan Mourinho pula tidak merasai keyakinan daripada Pogba.”

“Ianya sukar untuk pemain bermain baik jika tiada kepercayaan daripada jurulatih. Kamu tidak ada tenaga dan motivasi, dan Jose juga merasakan perkara yang sama daripada Pogba.”

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 26: Paul Pogba passes the trophy to Jose Mourinho manager of Manchester United in victory after during the EFL Cup Final between Manchester United and Southampton at Wembley Stadium on February 26, 2017 in London, England. Manchester United beat Southampton 3-2. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

“Perkara seperti ini biasa berlaku, ianya sebahagian daripada permainan ini; Maksud saya, tidak semua orang boleh sehaluan. Saya dapat rasakan, ada satu ketika di mana keadaan sangat menghalang. Jadi, nak tak nak seorang kena pergi. Dalam keadaan ini, jurulatih pergi, dan Paul lebih bebas.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN