Sven Goran Eriksson Jurulatih Filipina Yang Baru, Tugasan Pertama Adalah Piala AFF Suzuki 2018

Rasminya, bekas jurulatih skuad Piala Dunia England, Sven Goran Eriksson menjadi jurulatih Filipina yang baru.

Beliau pernah membimbing skuad Piala Dunia England pada 2002 dan juga edisi 2006.

Perlantikan jurulatih berprofail tinggi, Eriksson ini disahkan sendiri oleh Pengurus pasukan Azkals, Dan Palami.

Palami menyatakan beliau gembira kerana berjaya mendapatkan khidmat Sven Goran Eriksson. Beliau berkata:

“Kami teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Sven Goran Eriksson ke dalam pasukan.”

Tugasan pertama Eriksson adalah Piala AFF 2018 dan kemudiannya Piala Asia pada 2019.

Buat masa ini, Eriksson hanya diberikan kontrak 6 bulan yang terkandung klausa lanjutan kontrak.

Pada Ogos lalu, jurulatih Filipina, Terry Butcher yang juga bekas kapten England, meletakkan jawatan sebagai jurulatih Filipina selepas hanya 50 hari bekerja.

Tugasan terakhir Sven Goran Eriksson sebagai jurulatih adalah dengan Shenzen FC di China.

Scott Cooper yang sebelum ini menjadi pemangku jawatan jurulatih Filipina akan dikekalkan sebagai pembantu Eriksson. Mereka berdua pernah bekerjasama pada 2010-2011 di Leicester City.

Eriksson perlu bersetuju menerima Cooper sebagai salah satu syarat daripada kontrak beliau. Ini kerana Filipina mahu mengelak daripada membayar pampasan terminasi kontrak jurulatih itu.

Dan Cooper dilaporkan setuju untuk turun pangkat menjadi pembantu Eriksson.

Nampaknya, kelibat Sven Goran akan kita lihat dalam kancah Piala AFF tak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN