Gabriele Gravina, Legenda ‘Keajaiban Castel Di Sangro’ Yang Mahu Merawat Bola Sepak Itali

Presiden Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) yang baharu, Gabriele Gravina dijangka akan membuka peluang kepada pasukan pembangunan kelab besar di Itali untuk beraksi dalam Serie C.

22 Oktober lalu Gabriele Gravina mendapat undian sebanyak 97.2% daripada perwakilan. Jawatan Presiden FIGC kosong selepas Carlo Tavecchio meletak jawatan pada November tahun lalu.

Tavecchio ditekan teruk oleh media dan bola sepak Itali kerana kegagalan Itali layak ke Piala Dunia. Roberto Fabbricini dilantik menjadi pemangku.

Namun Presiden FIGC baru selepas itu tidak dapat dilantik kerana pemilihan 4 pusingan pada Januari lalu, tak seorang pun 3 calon yang mendapat 50% undian termasuk Gravina.

Gravina menyatakan:

“Berjaya menang dengan 97.2% undian memang sesuatu memuaskan tetapi saya juga ada tanggungjawab yang besar di hadapan saya.”

“Ini juga bermaksud bola sepak Itali perlukan perubahan.”

Beliau adalah orang penting dalam “Miracle of Castel Di Sangro” lewat 90-an.

Ini kerana beliau membantu menyelesaikan banyak sekali masalah dan membantu kelab kecil Castel di Sangro yang berada di kawasan kecil dengan penduduk 5,000 orang memenangi 5 kali promosi dan mara sehingga ke Serie B.

Beliau kemudian menjadi Presiden Serie C. Ketika beliau mengurus tadbir bola sepak, Gravina orang yang ditakuti kerana tiada kompromi dengan salah laku.

Sebaik sahaja dipilih menjadi Presiden FICG beliau berkata:

“Gabriele juga sebahagian daripada anda semua, orang yang mahu melihat perubahan dan memperkasakan semula bola sepak Itali.”

Beliau berkata begitu selepas FIGC dianggap sedang tenat. Ini selepas gagal melahirkan lebih ramai bintang dalam dunia bola sepak serta gagal mara ke Piala Dunia.

Itali terlalu banyak bergantung kepada kuda tua.

Buffon sendiri menyatakan yang beliau perlu bersara kerana ianya mungkin akan menjadi penghalang pemain muda lain menjadi penjaga gol utama pasukan Itali.

Gabriele terkenal dengan sikapnya yang komited dalam pembangunan pemain-pemain muda.

Bagi beliau, pembangunan pemain muda adalah sangat penting dan mereka perlu diberikan peluang bermain dengan lebih banyak lagi dalam semua peringkat.

“Bola sepak yang akan saya tumpukan adalah pemain-pemain muda dan juga wanita. Saya mahukan bola sepak yang ada asas kukuh, terbuka kepada semua keluarga dengan corak moden serta infrastruktur yang berfungsi.”

“Saya mahu pasukan kebangsaan Itali jadi kompetitif.”

Gabriele Gavina juga meminta semua orang bekerja dengan pelan yang baik dan tahu umuk berimpian.

“Kita akan memberikan respon kepada kritikan dengan fakta, kelakuan dan kerja.”

“Bola sepak tak menunggu anda. Kita harus mengejar dan memberikan yang terbaik yang kita ada. Sentiasa memberikan idea untuk membantu bola sepak kita.”

“Dengan itu baru bola sepak kita akan kembali gah. Kita baru sahaja berhadapan dengan ketidakstabilan dan perpecahan. Itu bukan bola sepak yang saya mahukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN