Rusia 2018: Bekas Jurulatih England Beri Amaran, Sweden Sukar Untuk Ditewaskan

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 di antara England menentang Sweden pastinya akan menjadi satu perlawanan yang menarik.

Hal ini kerana, kedua-dua pasukan tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri setiap kali bertemu di Piala Dunia.

Di atas kertas, England dianggap pasukan pilihan berbanding Sweden.

Namun begitu, bekas pengurus England iaitu Sven-Goran Eriksson memberi amaran yang Sweden sebenarnya adalah lawan sukar untuk England hadapi pada perlawanan suku akhir ini.

during the AFC Asian Champions League match between Melbourne Victory and Shanghai Sipg at AAMI Park on February 24, 2016 in Melbourne, Australia.

Beliau yang merupakan bekas jurulatih England mengingatkan pasukan tersebut yang Sweden merupakan pasukan yang sukar untuk ditembusi benteng pertahanannya.

“Untuk menjaringkan gol menentang Sweden adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan.”

“Mereka telah membuktikan kebolehan mereka itu berkali-kali dan jika England fikir mereka akan menghadapi satu perlawanan yang mudah maka mereka silap.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 03: Emil Forsberg of Sweden celebrates with teammates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Sweden and Switzerland at Saint Petersburg Stadium on July 3, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Sweden hanya memboloskan 2 gol sahaja setakat ini di saingan Piala Dunia 2018.

Kedua-dua gol itu terhasil menerusi pasukan Jerman dalam kemenangan mereka menentang Sweden di peringkat kumpulan.

Walaupun begitu, Eriksson menganggap England mempunyai pasukan yang cukup baik dari segi kebolehan individu.

“England mempunyai pemain yang cukup baik dari segi kemampuan invididu.”

“Harry Kane adalah seorang pemain yang isitimewa, Raheem Sterling juga begitu. Tapi jujur saya katakan, memang sukar untuk tewaskan Sweden.”

Eriksson merupakan bekas jurulatih England dari tahun 2001.

Beliau merupakan jurulatih asing yang pertama mengemudi pasukan negara itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN