Rusia 2018: Willian Pertahan Prestasi Gabriel Jesus Yang Dianggap Beraksi Buruk Untuk Brazil

Bagaimana anda menilai prestasi penyerang Brazil, Gabriel Jesus di Piala Dunia 2018 setakat ini?

Penyerang itu masih belum lagi menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan ini, namun beliau masih lagi menjadi penyerang pilihan pertama Tite dalam skuad Brazil mengatasi Roberto Firmino.

Memasuki fasa suku akhir, Jesus masih lagi beliau menjaringkan gol dan prestasinya itu telah mengundang kritikan ramai pihak.

Akan tetapi, rakan sepasukan beliau iaitu Willian telah pun tampil ke hadapan dan mempertahankan prestasi pemain Manchester City itu.

Kata Willian, Jesus telah menjadi seorang pemain berpasukan yang cukup baik dalam misi Brazil dalam memburu kejuaraan dunia kali keenam.

“Gabriel Jesus mendapat keyakinan dari seluruh skuad Brazil. Kami yakin dengan beliau.”

“Saya banyak dengar mengenai kritikan yang diterima beliau kerana tidak menjaringkan gol di Piala Dunia.”

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 27: Gabriel Jesus of Brazil reacts during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Serbia and Brazil at Spartak Stadium on June 27, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Maddie Meyer/Getty Images)

Willian mengakui Jesus dan Firmino kedua-duanya memainkan peranan penting setiap kali diturunkan beraksi dalam apa-apa perlawanan.

“Anda turut perlu lihat bagaimana tugas yang dilakukan Jesus dalam mengawal pemain lawan dan juga usaha beliau dalam mendapatkan semula bola.”

“Jesus dan Firmino kedua-duanya sama penting buat kami di sini.”

Kredibiliti Jesus sebagai penyerang utama Brazil semakin disoal selepas Firmino berjaya menjaringkan gol untuk Brazil dalam perlawanan menentang Mexico.

Firmino masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan gol kedua Brazil dalam kemenangan 2-0 ke atas wakil CONCACAF itu.

Brazil akan bertemu Belgium dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN