Sutton United menghadapi minggu yang sukar dalam sejarah kelab mereka.
Walaupun sebelum ini mereka meraikan kejayaan untuk diundi menentang Arsenal. Siap ada penyokong terlebih teruja dengan menceroboh padang dan sebagainya.
Tak lama kemudian, Wayne Shaw terlibat dalam insiden memakan pie secara langsung.
Ianya dikatakan ada kaitan dengan pertaruhan yang diletakkan oleh syarikat perjudian.
Wayne Shaw menafikan dia terlibat dan berkata dia tidak memakan pie. Sebaliknya ia hanyalah pastri.
Ketika FA England menyatakan mereka akan melakukan siasatan, pihak kelab Sutton United dikatakan tidak memberikan sokongan secara peribadi ke atas beliau.
Wayne Shaw kecewa dan memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau sebagai penjaga gol kelab tersebut.
Shaw kelihatan menangis ketika mengumumkan perpisahan dengan Sutton United.
Dalam perlawanan menentang Torquay, mereka kehilangan khidmat penjaga gol selepas hanya 15 minit perlawanan.
Penjaga gol utama mereka, Ross Worner tercedera dalam perlawanan tersebut.
Mereka tidak ada penjaga gol simpanan. Jadi mereka terpaksa menggunakan Simon Downer sebagai penjaga gol.
Sutton United menang 2-3 dalam perlawanan tersebut. Namun mereka pastinya pening mencari penjaga gol yang akan menggalas tugasan tersebut pada perlawanan seterusnya.
Mereka pastinya merindui Wayne Shaw yang dikatakan hampir pasti menandatangani kontrak dengan pasar raya Morrisons.
Shaw dikatakan ditawarkan jawatan sebagai pie taster dengan kontrak setahun.
Wakil daripada Morrisons, Tessa Callaghan berkata:
“Kami sentiasa berusaha mencari seorang bakat yang boleh merasa dan menilai pie kami. Dan pastikan ia ‘gol’.”
Ia dikatakan tawaran yang lumayan untuk Wayne Shaw.
Baca juga: Kerana Makan Pie, Penjaga Gol Sutton United Bakal Didenda FA England