Pemain PKNP FC Digantung 4 Perlawanan Kerana Tumbuk Issey Nakajima-Farran

Fadhli Idris telah diberikan hukuman berat dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas tindakan luar kawalan yang beliau lakukan ketika aksi Liga Perdana tempoh hari.

Beliau yang merupakan pemain PKNP FC telah melakukan tindakan kasar ke atas pemain Terengganu, Issey Nakajima-Farran ketika perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan di Kuala Terengganu pada bulan Februari.

Fadhli dikatakan telah menumbuk pemain import Terengganu itu.

Fadhli (sebelah pemain jersi merah) dihukum oleh FAM.

Hukuman berat

Hasil daripada keputusan mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM pada 27 Februari, mereka telah membuat keputusan untuk memberikan hukuman berat terhadap Fadhli.

Beliau akan digantung sebanyak 4 perlawanan Liga Perdana pada musim ini.

4 perlawanan tersebut adalah:

  • PKNP FC menentang ATM di Ipoh (digantung secara automatik)
  • JDT II menentang PKNP FC di Pasir Gudang (28 Februari 2017)
  • PKNP FC menentang Sabah di Ipoh (3 Mac 2017)
  • MISC-MIFA menentang PKNP di Stadium MBPJ (7 April 2017)

Fadhli juga didenda dengan denda sebanyak RM 1 ribu dan diberikan amaran keras oleh pihak FAM.

Beliau bakal berhadapan hukuman lebih berat sekiranya beliau terlibat dengan insiden yang sama di masa akan datang.

Fadhli disabit kesalahan dibawah Artikel 50.1(d) Kod Tatatertib FAM 2015 dimana Fadhli telah melakukan “Salahlaku terhadap pihak lawan atau individu selain daripada pegawai perlawanan”.

Beliau juga disabit dengan Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015 berkenaan “perintah keluar padang”.

Kami berharap Fadhli menyesali perbuatannya dan menjadi pemain yang lebih baik di masa akan datang.

Baca juga: Pemain Pertahanan Sutton United Jadi Penjaga Gol Selepas Pemergian Wayne Shaw

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN