Suspek Pertama Kes Simbah Asid Kepada Faisal Halim bakal Dibebaskan

Suspek pertama yang membabitkan jenayah simbah asid kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim bakal dibebaskan atas sebab bukan pelaku sebenar kejadian tersebut.

Terdahulu, salah seorang suspek jenayah yang menyimbah asid kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim telah ditahan oleh pihak polis untuk direman selama beberapa hari bagi membanti siasatan.

Ianya disahkan sendiri oleh Ketua Polis Selangor iaitu Dato’ Hussein Bin Omar Khan dengan menyatakan salah seorang suspek kini telah pun ditahan mereka.

“Suspek adalah lelaki berusia 20-an dan akan direman hari ini. Pada masa sama, kami sudah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal).

“Polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas bagi membantu siasatan. Motif kejadian masih disiasat,” katanya menerusi laporan dikeluarkan lalu.

Walaupun begitu, Hussein menyatakan individu tersebut sebelum itu ditahan kerana memiliki nombor pendaftaran sama dimiliki oleh penjenayah sebenar sebelum ini.

“Suspek pertama yang ditahan itu tiada kaitan dengan kes ini dan akan dibebaskan (selepas reman tamat).

“Namun dia akan ditahan semula kerana ujian saringan air kencing ke atasnya mendapati dia positif dadah,” katanya menerusi laporan dikeluarkan sendiri Harian Metro.

Selain itu, suspek kedua telah pun ditahan untuk membantu siasatan mengenai kes simbahan asid tersebut yang telah mencederakan bintang Selangor ini.

Menurut laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro sebentar tadi, suspek merupakan seorang individu berusia lingkungan 30-an dan telah pun ditahan.

Suspek tersebut juga direman selama lima hari bagi membantu siasatan lebih lanjut berkenaan kes berkenaan di Bandar Baru Bangi.

“Hasil penahanan suspek kedua ini yang berusia lewat 30-an, kita merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan,” kata beliau lagi.

Keadaan pemain Harimau Malaya itu kini dilaporkan sangat kritikal dan memerlukan rawatan lebih lanjut akibat simbahan asid tersebut dan berkemungkinan Faisal memerlukan rehat lebih lama daripada dunia bola sepak.

Selain Faisal, seorang lagi pemain Malaysia iaitu Akhyar Rashid turut mengalami nasib seakan sama apabila beliau dipukul oleh dua individu tidak dikenali ketika berada di Kuala Terengganu sehingga kecederaan berlaku pada bahagian kepala, kaki serta tangan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN