Subkhiddin Anggap Suresh Jayaraman Pilihan Tepat Jadi Pengadil Final Piala Malaysia 2018

Pengadil final Piala Malaysia 2018, Suresh Jayaraman menjadi topik perdebatan hangat.

Rumah siap, pahat berbunyi, itulah yang sentiasa berlaku selepas final sesuatu pertandingan. Dalam final Piala Malaysia 2018, panas dengan kritikan ke atas prestasi pengadil perlawanan akhir iaitu Suresh Jayaraman.

Hal ini turut mendapat perhatian daripada TMJ yang mempersoalkan apa kriteria yang membolehkan pengadil tersebut dipilih dan baginda tak pernah tahu akan nama pengadil tersebut. TMJ menganggap prestasi pengadil perlawanan akhir sebagai buruk.

TMJ menyatakan yang Subkhiddin orang yang menolak cadangan pihak MFL untuk menggunakan pengadil import bagi mengadili perlawanan-perlawanan penting.

Netizen dan peminat bola sepak juga ramai berpandangan serupa. Namun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Subkhiddin Mohd. Salleh mempertahankan tindakan mereka memilih Suresh Jayaraman sebagai pengadil perlawanan akhir.

Menurut Subkhiddin, pengadil tersebut sangat layak dan bukan dipilih semberono ataupun tangkap muat. Beliau memberitahu yang Suresh menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM.

Antara kontroversi yang dilakukan oleh Suresh adalah menarik balik gol Leandro yang jelas tidak melakukan sebarang kesalahan ketika menanduk bola masuk. Suresh mendakwa Leandro ada mengasar Suffian Rahman.

Untuk gol Gilmar, ianya memang kelihatan ofsaid dan rasanya tak perlu dipertikaikan. Suresh Jayaraman kemudian melayangkan kad merah kontroversi kepada Gilmar dan Lee Tuck. Beliau juga gagal mengawal beberapa insiden dengan baik dalam perlawanan berprofail tinggi.

Dipetik daripada sumber Utusan Online, Subkhiddin berkata:

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihan beliau atas beberapa faktor yang mana pada pendapat saya beliau mempunyai kemampuan untuk mengendalikan cabaran daripada kedua-dua pasukan.”

“Kemampuan ini telah ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelumnya.”

Subkhiddin buat masa ini tidak mahu mengulas prestasi Suresh dalam tugasan final itu kerana beliau masih berada di luar negara.

Beliau menjelaskan beberapa kriteria diambil kira oleh Jawatankuasa pengadil dalam pemilihan Suresh Jayaraman iaitu:

– Kemampuan Suresh mengendalikan cabaran (tekanan) daripada kedua-dua pasukan. Beliau telah membuktikannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

– Suresh dipilih kerana Subkhiddin merasakan pengadil itu ada komitmen yang tinggi serta memiliki sikap untuk bersaing secara sihat di dalam usaha memajukan dirinya.

– Suresh Jayaraman ada pengalaman 2 tahun menjadi pengadil Liga Super dan sebelum ini menjadi pengadil Liga Premier yang juga merupakan salah satu daripada liga utama di Malaysia.

– Subkhiddin juga menyatakan mereka mahu mengketengahkan pengadil berbangsa India di pentas final selepas sekian lama tidak ada pengadil berbangsa India yang berketerampilan

Inginkan kediaman sempurna untuk bintang masa depan anda?

Adakah anda sedang mencari rumah yang mempunyai ruang luas untuk anak anda bermain dengan bolanya?

Adakah anda sedang mencari rumah yang berdekatan dengan stadium, kompleks sukan, sekolah dan akademi bola sepak untuk anak anda?

Jika ya, teres dua tingkat di Seremban berkonsepkan moden inilah yang anda cari!

Dengan keluasan 2,988 kps, lengkap dengan 4 bilik dan 4 bilik air, Irama Residensi SIGC memberikan anak-anak anda ruang yang selesa untuk mengasah skil ball mastery mereka.

Terletak strategik dan berdekatan dengan Stadium Paroi (1km), Kompleks Sukan Paroi (1.5km), Padang Bola Lorong Nuri 2 (1km), Sekolah Kebangsaan Paroi (2km), Pusat Tunas NFDP Negeri Sembilan (5km) dan Inspire Budakbola Junior Academy (10km), anak anda tidak akan terlepas daripada aktiviti-aktiviti pembangunan akar umbi bola sepak Negeri Sembilan yang sentiasa aktif!

Irama Residensi SIGC juga terletak berdekatan dengan Plaza Ampangan (3km), KIP Mart Senawang (6km), Giant Senawang (7km), Mydin Senawang (8km), Tesco Seremban Jaya (8km), Senawang Specialist Hospital (6km) dan Hospital Tuanku Jaafar (10km).

Akses ke Lembah Klang juga menjadi mudah dengan kewujudan lebuhraya seperti Plus dan LEKAS.

KLIK pautan di bawah untuk mula memohon kediaman ini sekarang!

⚽ Irama Residensi SIGC
⚽ Irama Residensi SIGC
⚽ Irama Residensi SIGC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN