Martial Cemerlang Bantu Man. United Atasi Cabaran Getir Lewat Perlawanan Oleh Everton

Anthony Martial cemerlang dalam kemenangan tipis 2-1 Man. United semalam. Manchester United berjaya melepasi cabaran getir oleh Everton di Old Trafford terutama sekali pada 15 minit terakhir perlawanan.

Manchester United berjaya memperoleh kemenangan ke-3 musim ini di Old Trafford. Paul Pogba meletakkan Man. United di hadapan menerusi sepakan penalti pada separuh masa pertama.

Sepakan itu awalnya diselamatkan Pickford namun Pogba berjaya melakukan tindakan susulan yang menghasilkan gol.

Pada separuh masa kedua, Anthony Martial menggandakan pendahuluan Man. United menerusi satu aksi memukau pada minit ke-49.

Dan seperti sebelum ini, Man. United memberikan ruang kepada lawan mereka untuk mencipta peluang dalam kedudukan mereka mendahului. Jose Mourinho beberapa kali menjerit kepada para pemainnya untuk kekal fokus.

Padah apabila, aksi ‘fancy’ Paul Pogba yang cuba menyungkit bola dihukum oleh Everton yang merampas bola itu dan mencipta peluang gol. Ianya menyebababkan Smalling terpaksa melakukan kekasaran untuk menghalang Richarlison.

Gylfi Sigurdsson tiada masalah untuk menyempurnakan penalti itu. Everton kemudian memberikan tekanan yang kuat kepada Man. United pada lewat perlawanan.

Martial berpeluang menamatkan perjuangan Everton pada minit akhir namun beliau gagal menyempurnakan situasi 1 lawan 1 dengan Pickford. Usahanya dihadang oleh penjaga gol England itu.

Man. United sebelum ini melepaskan 2 mata berharga kepada Chelsea pada masa kecederaan yang ditambah 6 minit di Stamford Bridge.

Jumlah tambahan masa yang sama diberikan pengadil. Namun mereka berjaya bertahan untuk memastikan 3 mata berharga milik mereka.

Kemenangan ini membolehkan Man. United memintas Everton untuk berada di tangga ke-8. Manakala Everton turun ke tangga ke-9. Everton terus dihantui rekod buruk ketika bertemu dengan Man. United.

Dalam perlawanan ini, Man. United tidak menurunkan Paul Pogba dan Alexis Sanchez. Boleh dikatakan fluiditi serangan mereka sangat baik cuma tidak dapat menyempurnakan lebih banyak lagi peluang gol.

Lukaku bergelut dengan prestasi beliau ketika dimasukkan. Seperti biasa, masalah kawalan bola pertama beliau antara yang digariskan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN