Kita semua tahu yang Bastian Schweinsteiger ini merupakan antara “budak baik” dalam dunia bola sepak.
Beliau nyata disenangi rakan-rakan malah juga pihak lawan.
Tetapi tahukah anda? Beliau juga pernah menyelamatkan nyawa seseorang?
Hampir bunuh diri
Seorang pengadil yang bernama Babak Rafati mendedahkan beliau pernah cuba untuk membunuh diri di sebuah hotel di Cologne satu ketika dahulu.
Beliau mempunyai masalah tekanan yang melampau selepas menjadi pengadil bola sepak untuk lamanya.
Walaupun tertekan, beliau tetap cuba untuk memulihkan dirnya dengan ke terapi namun beliau rasakan beliau tak mampu hadapi hidup ini lalu mahu bunuh diri.
Namun begitu, usaha beliau telah dihalang oleh rakan-rakan pengadil. Mereka kemudiannya memberikan sokongan dan bantuan agar Rafati sentiasa bersemangat untuk hadapi kehidupan.
Namun dalam banyak-banyak bantuan, bantuan daripada pemain bernama Bastian Schweinsteiger yang betul-betul memberi kesan kepada beliau.
Schweinsteiger menulis sebuah surat kepada Rafati dan nyata surat itu telah mematikan keputusan Rafati untuk membunuh diri.
“Ia merupakan tindakan yang cukup menyentuh hati. Beliau tulis surat kepada saya dan berjaya menyelamatkan hidup saya.”
“Dalam surat itu, ia ibarat beliau tahu saja yang saya akan bunuh diri.”
Surat yang ditulis pemain Manchester United itu cukup ringkas namun amat berkuasa.
Ia tertulis:
“Tuan Rafati, dalam hidup kita pasti akan hadapi masa sukar. Kita kena bangkit selalu. Saya doakan yang terbaik untuk anda.”
Kami terharu baca surat itu, Bastian.
Baca juga: Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?