Piala SuperMokh 2019 bermula semalam menyaksikan lima pasukan dari Malaysia menewaskan lawan masing-masing di hari pertama kejohanan.
Skuad AMD Malaysia Panthers yang beraksi di kategori Bawah 13 Tahun merupakan pasukan paling mencuri tumpuan setelah membelasah wakil Uzbekistan, Spartak Tashkent dengan jaringan 9-0.
Berikut adalah sekitar aksi perlawanan hari pertama SuperMokh 2019 di sebelah pagi yang berlangsung di Akademi Mokhtar Dahri sebentar tadi.
.
Teruskan menyokong pasukan kami di kejohanan ini.
.
.#yakultmalaysia#100plusmalaysia#kakijersi#GambangWaterparkResort pic.twitter.com/PWSCEq6Fwv— NFDP Official (@NFDPOfficial) December 16, 2019
Pasukan NFDP Malaysia Cougars turut cemerlang apabila menewaskan Al-Wahda 5-0, manakala NFDP Malaysia Panthers turut menang bergaya menewaskan wakil Indonesia, Farmel Isvil dengan jaringan yang sama bagi kategori pertandingan Bawah-12 Tahun.
Manakala bagi kategori Bawah-14 Tahun, AMD Malaysia Cougars turut merekodkan kemenangan apabila menewaskan wakil dari Jepun, Cerezo Osaka dengan jaringan 3-0.
Keputusan hari pertama Kejohanan SuperMokh Cup 2019 dan jadual perlawanan esok 💪🇲🇾
Selamat berjaya kepada semua pasukan 👏 pic.twitter.com/kK07QlyXWr
— NFDP Official (@NFDPOfficial) December 16, 2019
NFDP Malaysia Panthers yang beraksi di kategori yang sama turut cemerlang dengan menewaskan NFDP Malaysia Tigers dengan keputusan 5-1 dalam perlawanan menentang pasukan senegara.
Kategori Bawah-14 Tahun turut menyaksikan skuad AMD Malaysia Cougars mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Buriram United, manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) tewas 5-1 kepada sebuah lagi pasukan dari Jepun, Fagiano Okayama.
Dua lagi wakil negara dalam kategori B-12 kecundang di tangan lawan masing masing apabila Sekolah Ibrahim Fikri (SIF) gagal menyaingi kehebatan PVF Vietnam apabila tewas 5-1 sementara NFDP Malaysia Tigers kalah tipis 2-1 di tangan Buriram United.
FOTO: NFDP