Supercup 2020: Bayern Raih Trofi Ke-5 Dalam Masa 4 Bulan

Selepas masing-masing tewas dalam aksi Bundesliga pada hujung minggu lepas, Bayern Munich dan Borussia Dortmund melihat perlawanan DFL Supercup sebagai medan terbaik untuk meraih semula kemenangan, menaikkan moral dan menambah koleksi trofi.

Perlawanan ini biasanya menemukan juara Bundesliga dengan DFB Pokal. Bagaimanapun memandangkan Bayern menjuarai kedua-dua kejohanan, ia berubah menjadi juara Bundesliga menentang naib juara Bundesliga pada musim lepas.

Bayern terlebih dahulu menguji Dortmund menerusi tandukan Joshua Kimmich. Tetapi Marwin Hitz yang menggantikan Roman Burki yang demam tenang menafikan percubaan tersebut. Di kubu Bayern, Marco Reus terlebih dahulu menguji menerusi rembatan yang sekadar menerjah luar tepi jaring.

Corentin Tolisso membuka akaun jaringan Bayern menerusi serangan balas pantas selepas menyudahkan peluang dari jarak dekat apabila Hitz gagal menangkap kemas percubaan pertamanya.

Tak mahu menyerah kalah, Dortmund semakin agresif menyerang untuk mencari gol penyamaan. Tetapi hanya percubaan liar Mahmoud Dahoud dan Reus yang diselamatkan Manuel Neuer yang berjaya dihasilkan.

Thomas Mueller kemudiannya mengajar Dortmund cara menyudahkan peluang menerusi tandukan cantik untuk menggandakan kelebihan pasukannya.

Gol kedua Bayern ini mencungkil reaksi dari Dortmund apabila Julian Brandt berjaya mengurangkan defisit gol tersebut menerusi rembatan cantik, lima minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Thomas Meunier boleh menyamakan kedudukan untuk Dortmund hanya beberapa saat selepas separuh masa kedua bermula apabila mendapati dirinya berada dalam situasi 1v1. Tetapi beliau kurang ketenangan untuk menewaskan Neuer.

Erling Haaland menunjukkan ketenangan yang lebih baik selepas itu apabila mengutip hantaran Thomas Delaney sebelum melepaskan rembatan kencang. Kedudukan terikat 2-2.

Haaland berpotensi menambah gol keduanya dengan gerakan hampir sama lima minit kemudian. tetapi kali ini Neuer berjaya membaca gerakan penyerang muda Norway itu untuk mengekalkan kedudukan kekal 2-2.

Ketika perlawanan nampak akan berakhir dengan sepakan penalti, Kimmich memanfaatkan bola yang hilang dari penguasaan Dortmund, bertukar-tukar hantaran dengan Robert Lewandowski sebelum menguis bola masuk ke jaring apabila Hitz menghalang percubaan pertamanya.

Keputusan 3-2 ini bermakna Bayern sudah memenangi lima trofi dalam masa beberapa bulan, menambah trofi Supercup dalam koleksi kejuaraan Bundesliga, DFB Cup, UEFA Champions League dan UEFA Super Cup.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN