VIDEO: Highlights Supercopa De Espana (Barcelona 1-3 Real Madrid)

Real Madrid memperoleh kemenangan dalam perlawanan pertama Supercopa De Espana di Nou Camp apabila berjaya menewaskan Barcelona menerusi jaringan 3-1.

Pasukan pelawat mendahului menerusi jaringan sendiri oleh Gerard Pique yang tertampan bola ke gawang sendiri sebelum Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti selepas Luis Suarez dijatuhkan dalam kotak penalti.

https://streamable.com/ig6p1

Cristiano Ronaldo menambah gol kedua untuk Real Madrid menerusi penyudah yang cukup kemas diikuti dengan jaringan menarik dari Marco Asensio untuk melengkapkan malam cemerlang pasukan pelawat.

Namun begitu Ronaldo disingkirkan dari perlawanan selepas menerima kad merah oleh pengadil perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN