Supachai Chaided Antara Perlu Diawasi Pertahanan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi bakal menghadapi cabaran di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini dalam usaha mereka untuk cuba melayakkan diri ke pusingan lebih jauh.

Cabaran hari ini menyaksikan pasukan itu bakal menghadapi kelab gergasi dari Thailand iaitu Buriram United di mana ia akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor.

Berkelebihan di halaman sendiri, sudah tentu Hector Bidoglio mahu pasukan kendaliannya tampil dengan lebih baik kerana mereka tidak boleh keciciran sebarang mata lagi pada aksi tersebut.

Tampil dengan dua kekalahan di saingan ACLE sebelum ini, sudah tentu motivasi para pemain JDT berada dalam momentum cukup tinggi untuk meraih kemenangan.

Walaupun begitu, cabaran Buriram United juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka juga sudah tentu tidak rela menghadapi kekalahan selepas pasukan itu tewas di tangan kelab Jepun, Kawasaki Frontale terdahulu.

Untuk aksi hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain tonggak Buriram United yang perlu diawasi sepenuhnya oleh barisan pemain JDT untuk mengelak daripada sebarang kemungkinan berbahaya.

Bissoli

Penyerang import dari Brazil ini menjadi watak utama selaku peledak gol kepada Buriram United selepas ketajamannya sudah pun terbukti di pentas domestik serta Asia dengan sangat konsisten.

Setakat 20 perlawanan diharungi musim ini, Bissoli telah pun meledak 12 gol bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan selain dua daripadanya di pentas ACLE.

Sepanjang bersama Buriram United, Bissoli sudah pun meledak 30 gol bersama lapan bantuan jaringan daripada 39 penampilan.

Lucas Crispim

Pemain import Buriram United ini boleh dianggap sebagai nadi utama serangan Buriram United menerusi sumbangan gol serta bantuan jaringan direkodkan beliau.

Kualiti Crispim boleh dilihat daripada segi kawalan bola, kreativiti mencipta hantaran, serta ketajamannya untuk menyudahkan setiap peluang terhidang walau dari sudut sukar.

Setakat ini Crispim telah merekodkan lapan gol serta tiga bantuan jaringan secara keseluruhan dan mencipta lima penampilan di saingan ACLE bersama kualiti menyakinkan.

Supachai Chaided

Penyerang kebangsaan Thailand ini boleh dianggap sebagai antara permata buat Buriram United ekoran kualiti beliau yang cukup memberansangkan di posisi hadapan pasukan tersebut.

Musim ini sahaja menyaksikan Supachai telah pun meledak lapan gol serta tiga bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 20 penampilan bersama kelab tersebut.

Sepanjang menyarung jersi Buriram United, Supachai telah pun merekodkan 89 gol bersama 30 bantuan jaringan untuk menyatakan dirinya selaku antara penyerang berbisa tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN