2 kelab Piala FAM, Sungai Ara FC dan juga DYS FC telah dikhabarkan menarik diri dari saingan Piala FA Malaysia 2017.
Perkara itu telah pun disahkan oleh pihak FMLLP menerusi hebahan mereka di laman Facebook mereka sebentar tadi.
Tak dapat dielakkan
Keputusan yang dibuat oleh 2 kelab tersebut iaitu Sungai Ara FC dan juga DYS FC dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Oleh kerana itu, 2 pasukan yang menentang mereka di pusingan pertama Piala FA Malaysia iaitu Petaling Jaya Rangers dan juga MOF FC diberikan kemenangan percuma ke pusingan kedua kejohanan tersebut.
Namun begitu, Sungai Ara FC dan juga DYS FC tetap akan bersaing di dalam Piala FAM seperti biasa musim ini.
Kami berharap agar kedua-dua pasukan ini dapat menempuh musim 2017 ini dengan mudah walaupun menghadapi pelbagai masalah.
Piala FA Malaysia pusingan pertama akan dilangsungkan pada hari Ahad, 5 Februari 2017 dengan sepak mula dilangsungkan pada jam 4.15 petang dan juga 9.00 malam.
10 pasukan dari Piala FAM bakal berentap di pusingan pertama ini melibatkan 5 perlawanan.
Tetapi memandangkan penarikan diri pasukan Sungai Ara FC dan juga DYS FC, hanya 3 perlawanan sahaja bakal dilangsungkan.
Berikut jadual perlawanan pusingan pertama Piala FA Malaysia 2017:
- Penjara FC lawan Felcra FC (Stadium Mini USIM, Nilai – 4.15 petang)
- PB Melayu Malayia lawan SAMB FC (Stadium Mini UKM, Bangi – 4.15 petang)
- Sime Darby lawan Shahzan Muda (Stadium MP Selayang – 9.00 malam)
Baca juga: Pemain Ini Nekad Tinggalkan Kelab Pinjamannya, Sejam Lepas Dituduh Nazi Oleh Penyokong