Lille Tawar Tiket Percuma Kepada Wanita Selepas Insiden Hina Kaum Hawa Di Stadium

Lille tawarkan penyokong wanita mereka tiket percuma menjelang perlawanan Ligue 1 mereka akan datang.

Hal ini berlaku akibat insiden kontroversi yang terjadi ketika perlawanan diantara satu lagi kelab Ligue 1, Olympique Lyonnais baru-baru ini.

“Lelaki di stadium, wanita di dapur”

Insiden itu berlaku apabila ketika perlawanan melibatkan Olympique Lyonnais ketika aksi perlawanan mereka yang lalu.

Insiden kontroversi itu berlaku apabila penyokong Olympique Lyonnais menayangkan kain rentang yang menghina wanita.

Dalam kain rentang itu, terdapat gambar lelaki tertulis “stade” yang membawa maksud stadium.

Manakala kain rentang satu lagi terdapat gambar wanita yang tertulis “cuisine” yang bermaksud dapur di dalam bahasa Perancis.

Maksudnya kedua-dua kain rentang tersebut adalah “lelaki tempatnya di stadium, dan wanita tempatnya hanyalah di dapur.”

Ia secara tak langsung menghina kaum wanita dengan seolah-olah mereka tidak boleh menyertai kaum lelaki di stadium untuk menonton perlawanan bola sepak.

Apa yang janggalnya, ia datang dari penyokong Olympique Lyonnais. Hal ini kerana, skuad bola sepak wanita Olympique Lyonnais merupakan juara Ligue 1 sebanyak 14 kali!

Ia telah menimbulkan persoalan dari kapten skuad wanita mereka iaitu Wendie Renard. Beliau telah mempersoalkan tindakan penyokong pasukannya yang menayangkan kain rentang tersebut.

Beliau menulis di laman Twitter dengan bertanya, “Penyokong Lyon, boleh saya dapatkan penjelasan kalian mengenai kain rentang tersebut? Lelaki di stadium, wanita di dapur?”

Persoalan Renard itu terus mendapat perhatian Presiden Olympique Lyonnais – Jean Michel Aulas.

Aulas pula membalas persoalan Renard itu dengan berkata pihak kelab akan menjalankan siasatan terperinci mengenai apa yang terjadi mengenai kes tersebut.

Lille tawar tiket percuma

Disebabkan apa yang terjadi akibat perbuatan Olympique Lyonnais itu, kelab Lille mengambil langkah proaktif untuk mengajak penyokong wanita mereka ke stadium mereka.

Lille mengajak penyokong wanita mereka untuk ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Ligue 1 diantara Lille menentang Lorient.

“Wanita sekalian, anda dijemput hadir ke stadium untuk sertai kami.”

Satu tindakan terpuji dari Lille. Ya memang sukan bola sepak dipelopori oleh lelaki, tetapi janganlah kita pinggirkan wanita bila mereka mahu sertai kita.

Baca juga: Sungai Ara FC & DYS FC Tarik Diri Dari Saingan Piala FA Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN