Sumareh Antara ‘Senjata Rahsia’ Berbahaya Buat Harimau Malaya

Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Loading official content
Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers'
Jose Mourinho turned up the heat ahead of Thursday night's Ibrox showdown by insisting that Fenerbahce are a better team than Rangers.
0 seconds of 1 minute, 17 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:17
01:17
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Nama Mohamadou Sumareh secara tiba-tiba riuh diperkatakan para peminat di media sosial selepas beliau terpilih menyertai kem latihan Harimau Malaya untuk aksi persahabatan menentang Nepal.

Apa tidaknya, nama pemain naturalisasi itu sebenarnya sudah agak lama tidak berada dalam topik perbincangan peminat ekoran beliau sendiri kurang beraksi musim ini di pentas domestik atau antarabangsa.

Kali terakhir Sumareh beraksi pada saingan Piala Asia awal tahun 2024 lalu, ketika beliau menggantikan Faisal Halim pada minit ke-84 sewaktu Malaysia menghadapi cabaran Bahrain.

Selepas itu, nama beliau seolah tidak wujud dalam arena bola sepak Harimau Malaya dan hanya kadangkala dibawa turun bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas domestik.

Statistik musim ini menyaksikan Sumareh sudah beraksi sebanyak sembilan perlawanan di saingan Liga Malaysia (Liga M) dan turut merekodkan satu gol serta satu bantuan jaringan.

Satu gol Sumareh terhasil ketika JDT meraih kemenangan besar 6-0 mengatasi KL Rovers pada aksi 16 terbaik Piala Malaysia pada 30 November tahun lalu.

Sementara itu, satu bantuan gol dicetuskan oleh Sumareh pada saingan Liga Super ketika Harimau Selatan membenam cabaran Kelantan Darul Naim (Kelantan DN) melalui kemenangan 6-1.

Secara keseluruhan, fizikal dan umur Sumareh masih berada pada tahap menyakinkan untuk mewakili skuad Harimau Malaya, apatah lagi ia merupakan ujian sulung buat Peter Cklamovski untuk menguji barisan pemain kebangsaan.

Maka, tidak salah untuk beliau cuba menguji sekali lagi keupayaan Sumareh yang dianggap memiliki keupayaan selaku pemain sayap bahagian kanan.

Malah, Sumareh sendiri mungkin boleh dijadikan selaku senjata rahsia terbaik Harimau Malaya bagi melayan kunjungan Nepal kerana tidak ramai mengetahui keupayaan semasa beliau di atas padang.

Lebih menarik, mungkin Cklamovski mampu mengeluarkan keupayaan terbaik Sumareh yang kita ketahui memiliki skil kawalan bola cukup lincah serta tajam di hadapan gawang gol.

Apapun, Sumareh bakal menghadapi persaingan sengit untuk merebut kesebelasan utama kerana pemain-pemain lain di posisi sayap juga bukan calang-calang untuk dihadapi.

Semoga panggilan ini menjadi detik kebangkitan buat Sumareh untuk membuktikan kepada semua penyokong tentang dirinya masih berupaya memberi sumbangan kepada Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN