Bayangan Liga M Musim Hadapan Bakal Tampil Makin Suram?

Nampaknya saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan mungkin bakal bertambah suram, apabila dua pasukan yang kaya dengan sejarah domestik dijangka tidak lagi mencipta penampilan mereka.

Dua pasukan yang disebut itu ialah Kedah Darul Aman (Kedah) serta Sri Pahang, selepas ia dilaporkan sendiri menerusi Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor (PSJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Melalui pendedahan baginda pada sesi soal jawab bersama peminat yang dikongsikan melalui laman Johor Southern Tigers (JST), kedua pasukan tersebut tidak lagi akan beraksi di saingan Liga Super musim hadapan.

Malah, baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan nasib kedua pasukan berkenaan yang sebelum ini kaya dengan sejarah tetapi bakal hilang di saingan Liga Super dek angkara perancangan negatif mereka sendiri.

Selain itu, wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam sendiri turut berkongsikan perkara tersebut sebelum ini di media sosial X menerusi nasib kedua pasukan tersebut.

“Tiada lagi pasukan Sri Pahang musim depan, kelab berkenaan akan dibubarkan. Skuad Tok Gajah termasuk Kedah Darul Aman bakal tinggalkan Liga Malaysia,” ulas beliau sebelum ini di media sosial X.

Victor Andrag Luah Masalah Dihadapi Bersama Kedah

Melalui kenyataan itu, jelas ia menyaksikan saingan Liga M bakal menjadi lebih suram selepas kedua kelab itu antara yang sering menaikkan suasana menerusi legasi serta sejarah mereka di Malaysia.

Umum mengetahui sebelum ini, Kedah dan Sri Pahang antara pasukan yang dilanda dengan isu kewangan cukup teruk sehingga beberapa laporan negatif mengenai mereka sering timbul di media sosial.

Malah, Kedah antara paling terkesan selepas mereka langsung tidak mempunyai sebarang petanda menggembirakan selepas dihimpit dengan isu kewangan cukup besar.

Menerusi laporan sebelum ini, para pemain kelab tersebut juga masih mengalami isu tunggakan gaji yang tidak dilangsaikan sehingga kini.

Walaupun ada beberapa inisiatif diambil, masa depan Sang Kenari terus menjadi tanda tanya jika mereka mampu atau tidak sebelum ini untuk meneruskan persaingan musim hadapan.

Selain itu, Sri Pahang juga dilaporkan turut mengalami isu kewangan menerusi beberapa laporan sebelum itu serta khabar angin mereka tidak beraksi di pentas Liga Super pada saingan hadapan juga turut tersebar lebih awal.

Tidak dinafikan musim ini menjadi suatu cabaran yang sukar buat kebanyakan kelab di saingan Liga M daripada segi kewangan sehingga turut membabitkan beberapa pasukan besar lain termasuk Kuala Lumpur City serta Kelantan Darul Naim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN