Sulaiman Hussin: “Pemain Bola Sentiasa Jadi Tumpuan Peminat & Pembenci”

Pemerhati bola sepak tempatan, Sulaiman Hussin tampil memberi pandangan beliau tersendiri mengenai dua kes jenayah yang berlaku ke atas pemain kebangsaan baru-baru ini dalam negara.

Segalanya bermula dengan siri serangan ke atas pemain sayap Terengganu iaitu Akhyar Rashid yang dipukul oleh dua individu tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kecederaan berlaku pada bahagian kepala, kaki, serta tangan.

Kejadian tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja apabila giliran bintang Selangor, Faisal Halim turut diserang dua suspek tidak dikenali dengan simbahan asid dicurahkan buat pemain tersebut.

Lebih menyedihkan, keadaan semasa juga menunjukkan Faisal mengalami kesan luka yang sangat teruk dan hampir pasti akan berehat panjang dalam dunia bola sepak baik untuk kelab atau Harimau Malaya.

Melihat kepada perkara tersebut, rata-rata para peminat tampil bimbang jika lebih ramai pemain bola sepak profesional bakal menjadi mangsa pada masa akan datang.

Pelbagai spekulasi juga turut dibangkitkan kini di media sosial dengan ramai mengharapkan agar suspek bagi dua kejadian tersebut diberkas oleh pihak polis supaya isu tersebut dapat dihentikan secepat mungkin.

Menurut Sulaiman, beliau berharap supaya para pemain negara lebih berhati-hati selepas ini ketika berada di luar tanpa berseorangan bagi mengelakkan isu tersebut terus berulang.

“Saya berasa simpati pada insiden yang berlaku dan berharap kedua pemain ini akan sembuh segera dan dapat kembali berbakti pada pasukan kebangsaan dan kelab masing-masing.

“Semoga si pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan dan ia wajar jadi tauladan pada pemain untuk berhati-hati kerana setiap tingkah laku kita diperhatikan dan jadi ikutan.

“Untuk seketika saya berharap para pemain bintang utama Harimau Malaya sentiasa berhati-hati ke mana mereka pergi dan jika perlu, lebih baik ditemani oleh kawan atau kalau ada kemampuan bole lantik pengawal peribadi.

“Kita pun tak pasti apa punca sebenar, tetapi langkah pencegahan perlu diambil supaya tiada lagi kes sebegini di masa hadapan.

“Pemain-pemain bola ini sentiasa jadi tumpuan peminat dan pembenci,” ujar Sulaiman kepada Semuanya BOLA mengenai perkara tersebut.

Pada masa hadapan, kami di Semuanya BOLA sendiri berharap agar kejadian tersebut tidak lagi berulang kepada para pemain lain kerana ia mampu mencemarkan nama baik sukan tersebut di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN