Sulaiman Hussin Akui Ada Tekanan Dirasai Gantikan Tugas Irfan Bakti

Penolong jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin mengakui ada tekanan yang dirasai selepas beliau memegang amanat sebagai pengendali semasa pasukan bagi menggantikan tugas Irfan Bakti Abu Salim.

Irfan yang menjawat sebagai pengendali utama Kuching City terpaksa melupakan seketika tugas beliau ketika ini kerana masih lagi menjalani rawatan kerana mengalami kemalangan beberapa hari lalu.

Disebabkan itu, Sulaiman terpaksa mengambil tugas beliau sebagai pemangku jurulatih kepada Irfan untuk menguruskan Kuching City dalam persaingan Liga Super 2023.

Lebih unik, ini merupakan tugas pertama buat Sulaiman yang mengendalikan pasukan dalam saingan Liga Super, setelah sebelum itu beliau memegang tugas jurulatih utama bersama UKM FC untuk Liga Premier.

Hasilnya, Kuching City berjaya mengikat Negeri Sembilan menerusi keputusan seri 1-1 di laman sendiri menerusi aksi yang lebih baik untuk menghalang lawan daripada mengutip tiga mata penuh.

“Tipu la kalau saya tak rasa tekanan tu, tapi peluang yang hadir serta amanah telah diberikan oleh coach Irfan, sudah tentu saya ingin berikan segalanya terbaik. Saya hargai dan bersyukur dengan peluang ini,” jelas Sulaiman kepada kami.

Sulaiman juga memuji barisan pemain yang mampu memberikan kerjasama penuh kepada beliau pada perlawanan tersebut, walaupun bukan bawah kendalian Irfan Bakti.

Selain itu, pengendali muda berbakat besar ini juga menjelaskan perubahan taktikal mungkin akan dibuat pada aksi seterusnya menentang Kelantan dengan beberapa penambahbaikan bakal dibuat.

Untuk aksi seterusnya, Kuching City bakal menghadapi cabaran Kelantan di laman sendiri, dan momentum positif pastinya ingin terus dibuat Sulaiman dalam memastikan skuad kendaliannya terus memberi daya saing untuk aksi Liga Super.

“Mungkin akan ada perubahan, tapi saya kena rujuk dengan coach irfan terlebih dahulu. Ada bahagian tertentu yang perlu ditambah baik dan kemungkinan perubahan pemain juga mungkin berlaku.

“Mengenai situasi semasa Coach Irfan, keadaan beliau semakin bertambah baik dan proses penyembuhan berjalan dengan sangat lancar. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali kepada pasukan,” kata Sulaiman lagi.

Pada masa sama, beliau juga memberi bayangan rombakan pemain mungkin akan dibuat pada jendela perpindahan kedua ini dengan posisi tengah dan serangan diberi tumpuan.

“Yang pasti akan ada rombakan. Posisi tengah dan serangan pada ketika ini nampak agak bermasalah, semuanya bergantung pada kelulusan pihak pengurusan.

Kami telah pun mencadangkan perkara ini dan nampaknya isyarat positif diberikan dari pihak pengurusan kepada kami,” terang Sulaiman akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN