SUKMA 2018: 5 Perkara Tentang Final Acara Bola Sepak, Perak vs Kedah

Sekalung tahniah buat Perak atas kejayaan mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2016 yang telah dilangsungkan di negeri Sarawak.

Berikut adalah 5 perkara tentang aksi final acara bola sepak di SUKMA 2018 yang menemukan tuan rumah, Perak dan Kedah yang dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

  1. Jersi pasukan

Uniknya, Kedah dan Perak menggunakan jersi keluaran pengeluar barangan sukan tempatan yang sama dan juga merupakan antara penaja SUKMA 2018 di Perak kali ini iaitu Al-Ikhsan.

Kedah mengenakan jersi yang telah dipakai sepanjang mereka beraksi di Piala Presiden 2018, sementara Perak pula dilihat menggunakan jersi khas untuk SUKMA kali ini.

Selain itu, Al-Ikhsan juga merupakan penaja jersi untuk pasukan unifi Liga Super 2018 buat kedua-dua pasukan.

2. Formasi pasukan

Untuk pentas final SUKMA 2018, kedua-dua pasukan dilihat tampil mengetengahkan formasi yang sedikit berbeza antara satu sama lain dengan Perak turun dengan formasi 4-3-3.

Chan Wing Hong menggunakan penyerang berfizikal besar, Derek Wei Jian pada awal babak pertama dengan dibantu oleh Asyraaf Pushni dan juga Aizat Safuan di jentera serangan.

Walaubagaimanapun, atas kegagalan Wei Jian beroperasi dengan berkesan, Wing Hong telah membuat sedikit rombakan pada minit ke-38, menggantikannya dengan Izzat Ramlee.

Sementara Kedah yang dibimbing bekas rakan sepermainan Wing Hong, Victor Andrag pula dilihat turun dengan formasi 4-1-4-1 dengan fokal serangan diletakkan di sayap kiri.

Di babak pertama, jelas yang Kedah menggunakan pemain sayap kiri, Fayadh Zulkifli untuk menembusi pertahanan Perak dan hanya sekali sekali mengasak menerusi bahagian sayap kanan.

Kedah juga gagal mendominasi jentera tengah dengan hanya kapten, Fadzrul Danel yang beraksi di jentera tengah tampak antara yang paling menyerlah selain bahagian sayap.

3. 3 pemain tumpuan Perak

Asyraaf Pushni (jersi nombor 7)

Salah seorang penyerang dalam 3 penyerang serangkai yang diturunkan Wing Hong ini tampil cukup berkesan dengan beberapa siri asakan berbahaya ke kubu Kedah.

Pemain yang laju dan bijak menghidu ruang dan peluang ini juga telah meledak gol kemenangan buat Perak di minit ke-71 ketika berlaku kekalutan di hadapan gawang Kedah.

Alif Safwan (jersi nombor 19)

Menghasilkan gol tandukan menarik yang juga gol penyamaan buat Perak di minit ke-67, Alif Safwan adalah arkitek buat pasukannya dalam pentas final SUKMA pada malam ini.

Alif berjaya menggerakan semula jentera tengah di babak kedua selepas pasukannya ketinggalan satu gol. Seorang pemain yang bersemangat tinggi dan tidak mudah menyerah kalah.

Izzat Ramlee (jersi nombor 26)

Salah satu pertukaran yang memberikan impak berkesan oleh Wing Hong adalah dengan memasukkan Izzat Ramlee menggantikan Wei Jian di jentera serangan pasukannya.

Kemasukkannya telah membantu Perak memperbaiki kelemahan kombinasi hantaran di awal babak pertama di sektor final third mereka. Juga memiliki bentesan dan kawalan bola yang baik.

4. 3 pemain tumpuan Kedah

Fadzrul Danel (jersi nombor 7)

Kapten pasukan Kedah ini adalah antara pemain paling menarik di atas padang pada malam ini. Boleh dikategorikan sebagai pemain yang memiliki pakej untuk beraksi di Liga Super.

Kelebihannya adalah memiliki skil kawalan bola yang menarik, hantaran yang baik serta boleh menghasilkan gol menerusi sepakan percuma sebagaimana golnya pada malam ini.

Hidhir Idris (jersi nombor 17)

Pemain sayap yang beberapa kali membuat penampilan bersama skuad Liga Super Kedah ini telah menampilkan aksi yang sepatutnya buat pasukan pada mpentas final ini.

Namun, pemain yang mempunyai kelebihan mengelecek dan juga percubaan deras ini hanya dapat beraksi sejam apabila akhirnya terpaksa diusung keluar akibat kecederaan bahu.

Fayadh Zulkifli (jersi nombor 13)

Keras, liar dan sangat susah dikawal. Mungkin itu adalah deskripsi yang boleh kita berikan kepada pemain sayap kiri Kedah ini. Dia adalah fokal serangan skuad kendalian Victor Andrag.

Walaupun tampak bertubuh paling kecil di padang, jika diamati sepanjang perlawanan, Fayadh sangat lincah di jentera sayap Kedah dan sering kali menyusahkan benteng Perak.

5. Kejayaan hatrik Perak, penantian 32 tahun Kedah

Kedah gagal menewaskan Perak dan mereka juga gagal menamatkan penantian 32 tahun Kedah untuk merangkul pingat emas selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 1986.

Sementara Perak pula telah menjadi pasukan ketiga dalam sejarah SUKMA melakukan hatrik kejuaraan pingat emas selepas ianya direkodkan oleh Terengganu dan juga Pahang.

Penutup

Sepanjang acara bola sepak SUKMA 2018, pasukan Perak yang juga tuan rumah edisi kali ini sejak dari awal telah mempamerkan karakter juara di dalam diri mereka. Mengapa?

Termasuk aksi final, mereka telah bangkit daripada ketinggalan dengan 4 buah pasukan. Dan di pentas final ini, mereka hanya memerlukan 6 minit untuk kembali di depan.

Apa lagi perkara menarik perhatian anda yang tidak terdapat di dalam artikel ini? Sila kongsikan bersama kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN