Sukar Untuk Negara ASEAN Menjadi Tuan Rumah Piala Dunia

Baru-baru ini, Pengerusi ASEAN, Jeneral Prayuth Chan o-cha, yang juga Perdana Menteri Thailand, mengumumkan badan serantau itu bersetuju untuk membangunkan satu usaha bersama bagi membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

Idea untuk menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu telah dicadangkan kepada pemimpin negara Asia Tenggara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-34, di Thailand yang berakhir kelmarin.

Namun begitu, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John Paul menyifatkan penganjuran Piala Dunia secara bersama membabitkan lima buah negara ASEAN agak mustahil untuk dilaksanakan.

Beliau berkata dalam Arena Metro, berpendapat pemberian lima slot automatik kepada tuan rumah akan menimbulkan pelbagai konflik dan kontroversi dalam kalangan kuasa bola sepak dunia.

“Format pertandingan Piala Dunia pada 2026 akan berlaku penambahan daripada 32 pasukan kepada 48 pasukan. Dari situ, Asia akan mendapat 8.5 slot ke Piala Dunia.

“Jika negara ASEAN mahu menganjurkan secara bersama pada 2034, itulah perkara yang perlu dikaji semula kerana agak mustahil 5 slot akan diberikan automatik dengan 3.5 akan direbut oleh pasukan lain seperti Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi atau Iran.

“Sudah tentu ia menimbulkan masalah daripada negara lain apabila slot terbabit berkurangan disebabkan oleh pasukan tuan rumah.

“Jadi mekanisma berkenaan juga perlu difahami oleh pihak ASEAN. Ia bukan proses mudah dan perlu diteliti daripada pelbagai sudut,” jelasnya kepada pihak media.

Jepun dan Korea Selatan adalah dua negara Asia yang pernah menjadi tuan rumah bersama ketika kejohanan Piala Dunia 2002. Qatar akan menjadi negara Asia ketiga yang menganjurkan Piala Dunia pada tahun 2022.

“Nak menganjurkan Piala Dunia bukan mudah. Ia memerlukan perbelanjaan cukup besar. Namun saya menyambut baik niat dan hasrat ASEAN kerana mereka mempunyai kesungguhan dan ia baik untuk pembangunan di rantau ini,” katanya.

Tahun lalu, tiga negara dari Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam bersepakat menyatakan hasrat untuk membida hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034.

Bagaimanapun, Malaysia belum pasti menyatakan pendirian mereka tetapi sentiasa menyokong usaha untuk menjadi tuan rumah bersama kerana Piala Dunia dapat menyatupadukan rakyat di rantau ASEAN.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN